Langgan newsletter kami!
Best Korean Drama 2017

10 Istilah Wajib Tahu Jika Anda Penggemar Drama Korea

Adakah anda salah seorang penggemar drama Korea? Selain sinetron dan telenovela, drama Korea mencipta fenomena tersendiri di dunia terutamanya di negara Asia seperti Malaysia. Apatah lagi, terpesona dengan ketampanan dan kejelitaan para pelakonnya di samping jalan cerita yang penuh dramatik dan mengasyikkan.

Tapi, jangan mengaku pencinta drama Korea jika anda tidak mengetahui 10 istilah ini! Berikut, penulis kongsikan mengenai 10 maksud istilah mudah dari Korea yang wajib tahu jika anda penggemar drama Korea. Let’s find out!

Maksud Perkataan Korea

  1. Oppa dan Unnie
    Jika anda menonton drama Korea, panggilan Oppa dan Unnie digunakan oleh perempuan muda untuk memanggil Abang dan Kakak.
  2. Hyung dan Noona
    Panggilan Hyung dan Noona pula digunakan oleh lelaki muda untuk memanggil Abang dan Kakak.
  3. Ahjussi dan Ahjumma
    Sebutan Ahjussi adalah untuk lelaki yang jauh lebih tua atau Pak Cik manakala gelaran untuk wanita yang jauh lebih tua atau Mak Cik dipanggil Ahjumma.
  4. Daebak
    Menurut bahasa Melayu, Daebak membawa maksud hebat atau luar biasa. Daebak juga merupakan istilah yang menyatakan kekaguman pada sesuatu.
  5. Saranghae
    Saranghae merupakan istilah yang paling sering digunakan di dalam drama Korea yang biasanya untuk menyatakan cinta pada seseorang seperti I Love You.
  6. Gwiyeopta
    Gwiyeopta pula digunakan bagi menggambarkan sesuatu yang comel atau cute.
  7. Hwaiting
    Sebenarnya, Hwaiting adalah merupakan perkataan dari bahasa Inggeris iaitu Fighting. Kerana ‘F’ dalam bahasa Korea tidak terdengar jelas, maka mereka mengubahnya menjadi ‘Hw’. Istilah ini digunakan untuk memberi kata-kata pembakar semangat pada seseorang.
  8. Aigoo dan Omo
    Untuk pengetahuan semua, istilah Aigoo dan Amo memiliki definisi sama yang membawa maksud ‘Oh My God‘. Biasanya Omo digunakan untuk mengungkap rasa terkejut atau terperanjat manakala Aigoo digunakan untuk mengekspresikan rasa kekecewaan.
  9. Kamsahamnida
    Dalam bahasa formal Korea, Kamsahamnida digunakan bagi merujuk kepada ucapan terima kasih.
  10. Mianhae
    Kalau istilah satu ini pastinya sering kamu dengar di drama Korea. Mianhae dalam bahasa Melayu berarti minta maaf.

 

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: