Langgan newsletter kami!
Beauty Girl With Vegetables

10 Makanan Yang Baik Untuk Kecantikan

Siapa yang tidak mahukan kulit putih bersih, sekata dan sihat? Siapa juga yang tidak mahukan rambut yang licin serta kuku yang bersinar? Mari saya tunjukkan 10 jenis makanan yang baik untuk kecantikan kulit dan tubuh anda.

Ikan

Ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti salmon, makerel, sardin dan bilis memberikan anda manfaat kulit sihat berseri. Bonus, anda juga akan mendapatkan rambut yang bersinar jika selalu makan ikan-ikan ni.

Lada Benggala Merah

Lada benggala merah mengandungi lebih banyak vitamin C untuk kulit berbanding buah oren yang dapat membantu penghasilan kolagen dan melindungi sel kulit anda kerana bersifat anti-oksidan. Jika selalu makan lada benggala merah, anda dapat kekal awet muda.

Bayam

Bayam bukan sahaja membekalkan anda dengan tenaga, ia juga mengandungi beta carotene yang bertukar menjadi vitamin A bagi mengekalkan lembapan pada kulit anda. Lembapan kulit penting untuk mengelakkan kedutan dan membuang sel kulit mati. Penyerapannya akan lebih sempurna jika anda makan bayam bersama makanan yang tinggi vitamin C.

Kelapa

Air kelapa sangat bagus kerana mengandungi potasium, sejenis elektrolit yang membantu nutrien bergerak antara sel dalam badan. Minyak kelapa pula kaya dengan lemak sihat yang mengandungi vitamin E dan K serta mineral untuk mencantikkan rambut serta menggalakkan pertumbuhannya.

Avokado

Minyak pada buah avocado mengandungi vitamin A, D dan E serta asid lemak omega-9 yang menjadi asas pertumbuhan kulit sihat. Jika selalu dimakan, kulit anda akan akan menjadi sekata seperti kulit kanak-kanak.

Telur

Sulfur yang terkandung dalam telur juga penting untuk penghasilan kolagen dan keratin yang menyebabkan kulit, rambut dan kuku anda bersinar dan kuat.

Bawang Putih

Bawang putih adalah antara ubat semula jadi yang terbaik. Potong lumat dan biarkan ia di atas pelandas selama beberapa minit sebelum masak agar khasiat antibiotiknya yang dapat mencegah jerawat dapat dimanfaatkan.

Kacang Walnut

Kacang yang mengandungi asid lemak omega-3 dan omega-6 ini membantu tubuh anda mengekalkan lembapan, menjadikan anda sihat dan protiennya pula menguatkan akar rambut agar tidak mudah gugur.

Tomato

Tomato adalah pelindung kulit anda daripada cahaya matahari kerana kandungan anti-oksidannya yang tinggi. Pengambilannya setiap hari bersama minyak zaitun akan memperbaiki kemampuan kulit untuk mengelakkan kerosakan berpunca daripada sinaran UV.

Kuaci

Kecil, tetapi padat dengan zink, vitamin A dan K serta asid Omega-3 yang penting untuk pertumbuhan rambut sihat. Ia juga mengandungi vitamin C yang menghasilkan sebum bagi melindungi dan merawat kulit.

Inilah 10 makanan semula jadi yang lebih baik daripada supplemen kecantikan. Anda tidaklah perlu mengambilnya setiap hari sehingga bosan. Cukup dengan beberapa kali dalam seminggu untuk mendapatkan kesannya. Yang penting, anda mestilah komited untuk makan secara sihat.

Selamat mencuba!

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: