10 Sebab Doa Tidak Makbul


Ketika Imam Ibrahim bin Adham (seorang wali Allah) ditanya, kenapakah doa seseorang ditolak oleh Allah Taala. Lalu beliau menjawab, antara sebab doa tidak makbul adalah:

  1. Kamu kata kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan tanggungjawab kepada-Nya
  2. Kamu kata kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
  3. Kamu baca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
  4. Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya
  5. Kamu tahu syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu berkawan dengannya
  6. Kamu kata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya
  7. Kamu kata neraka itu benar, tetapi kamu melakukan perbuatan yang mendekatkan kamu kepadanya
  8. Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya
  9. Kamu nampak keaiban orang lain, tetapi kamu tidak nampak keaiban diri kamu sendiri
  10. Kamu kuburkan keluarga kamu yang mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
14 Tempat Mustajab Doa
Antara tempat yang mustajab berdoa ialah seperti di bawah. Di Masjid Al Fath
24 Waktu Mustajab Doa
Berikut adalah antara Masa dan Waktu Berdoa Yang Mustajab dan Cepat Makbul. Ketika azan
Koleksi Doa Harian (Dalam Jawi, Rumi & Terjemahan)
1. Doa Sebelum Makan Bacaan Doa: الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ
Biodata Ustaz Kazim Elias, Penceramah Bebas Popular Malaysia
Biodata Ustaz Kazim Elias Nama Penuh: Datuk Mohammad Kazim Elias Nama Gelaran: Al Fadhil

Leave a reply "10 Sebab Doa Tidak Makbul"