20 Resepi Masakan Daging [Part 1]

Daging Goreng Berempah

Berikut adalah himpunan resepi masakan daging yang sedap-sedap. Resepi ini dikumpulkan dari sumber-sumber luar dan perkongsian di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

1) Resepi Rendang Daging Cili Hijau

Bahan Utama
  • 1 kg daging batang pinang
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 btng serai -diketuk
  • 2 helai daun kunyit – dibuang urat dan dihiris halus
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
  • Sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 batang serai – dihiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan serai yang telah diketuk.
  3. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Gunakan api sederhana sahaja pada masa ini.
  5. Selepas itu masukkan santan, kerisik, asam gelugor, gula melaka dan garam secukup rasa.
  6. Kacau lagi menggunakan api yang perlahan dan masaklah hingga pekat.
  7. Masukkan daun kunyit.
  8. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  9. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi impit dan pulut kuning

Nota: Jika anda gunakan daging biasa, daging tersebut mestilah direbus terlebih dahulu sehingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah dimasak seperti biasa.

2) Resepi Rendang Daging Hitam

Bahan Utama
  • 500 g daging
  • 20 tangkai cili kering dikisar (3 sudu besar cili kering telah disiap diblender)
  • 4 cm halia
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai ditindik/diketuk – (1 serai ditindik/diketuk & 1 serai dikisar bersama bawang)
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sudu kecil cuka
  • 2 sudu besar kerisik
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun pandan untuk wangi (jika suka)
Bahan Tumis
  • 4 ulas bawang kecil dihiris
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 tangkai bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
Cara Memasak
  1. Cili kering, halia, bawang besar dan bawang putih dikisar halus.
  2. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang dihiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi.
  3. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili.
  4. Masukan daging yang telah dipotong kecil dan serai.
  5. Tambahkan sedikit air dan kicap.
  6. Tunggu sehingga daging empuk.
  7. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
  8. Biarkan seketika sehingga kuah agak pekat sedikit.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

3) Resepi Kerutuk Daging

Bahan Utama
  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
Bahan Tumis
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak
Cara Memasak
  1. Potong daging kecil-kecil dengan potongan lebar dan nipis.
  2. Bersih dan toskan daging.
  3. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih.
  4. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali.
  6. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi.
  7. Kemudian masukkan campuran rempah tadi.
  8. Masak sehingga pecah minyak.
  9. Masukkan daging dan santan.
  10. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  11. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik.
  12. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  13. Siap untuk dihidang.

Nota: Kalau suka berkuah, anda boleh buat sedikit cair.

4) Resepi Daging Goreng Kunyit

Bahan Utama
  • 500 g daging batang pinang – dihiris nipis
  • 1 batang saderi – dihiris
  • 2 labu bawang besar – dimayang bulat
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 – 5 biji cili padi warna merah – dipatah-patahkan
  • 1/2 biji tomato – dipotong wedges
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak
Bahan-bahan B (untuk perapan daging)
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 gm kunyit hidup
  • 20 gm halia
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh gula
  • Air secukupnya
Cara Memasak
  1. Bahan-bahan B disatukan di dalam blender kemudian dikisar hancur.
  2. Perapkan daging bersama Bahan B selama kira-kira 1 jam (lebih lama lebih baik).
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Tumiskan daun kari sehingga naik bau, kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
  5. Kacau sebati dan masukkan air secukupnya dan masak sehingga daging empuk.
  6. Sekiranya air kering dan daging masih belum empuk, boleh ditambah air.
  7. Setelah daging empuk, perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa (jika suka).
  8. Setelah rasa telah sebati dengan daging, masukkan bawang besar, batang saderi, tomato dan cili padi.
  9. Kacau rata dan padamkan api.
  10. Siap untuk dihidang.

5) Resepi Daging Goreng Sambal Kicap

Bahan Utama
  • 500 gm daging batang pinang
  • 6 sudu besar kicap manis – boleh tambah jika suka
  • 3 sudu besar cili sos
  • 1-2 cawan air
  • Garam secukup rasa – jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji ulas putih
  • 3 cm halia
  • 5 biji cili kering
  • 2 batang serai (saiz besar)
Cara Memasak
  1. Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
  2. Gaul dengan daging dengan garam serta kunyit.
  3. Panaskan 1/2 cawan minyak dan goreng daging sehingga masak lebih kurang dalam 15-20 minit.
  4. Angkat daging dan ketepikan.
  5. Cili kering dipotong dan direndam dalam air panas mendidih sehingga kembang.
  6. Kupas semua bawang dan bersihkan halia kemudian kisar semua bahan-bahan ini.
  7. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan-bahan dikisar sampai masak serta terbit minyak.
  8. Masukkan bawang besar serta daging yang sudah digoreng tadi, kicap secukupnya dan cili sos.
  9. Kacau semua bahan serta masukkan air dan kacau.
  10. Biarkan kuah mendidih dan daging menjadi empuk serta kuah menjadi pekat
  11. Jika kurang masin boleh ditambah kicap lagi atau ditambah sikit garam.

6) Resepi Sup Gear Box Daging

Bahan-bahan
  • Kaki lembu dipotong
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Perencah sup serbuk
  • Rempah menumis
  • Garam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
Cara Memasak
  1. Kaki lembu direbus hingga empuk.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama kayu manis dan bunga lawang.
  3. Bila garing, masukkan rencah sup serbuk.
  4. Goreng dengan api perlahan sehingga garing dan berbau wangi.
  5. Selepas itu, tuangkan semuanya ke dalam periuk tulang kaki tadi.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.

7) Resepi Kari Daging Utara

Bahan Utama
  • 1/2 kg daging batang pinang – dipotong kecil atau hiris sederhana nipis
  • 3/4 cawan santan pekat
  • 4 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar – dibelah 4
  • 3 keping asam gelugur
  • air secukupnya
  • 3 biji ubi kentang – dipotong kecil
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 1 sudu besar rempah kari masak merah – atau boleh guna rempah kari daging BABAS
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan Tumis
  • 1 labu bawang besar – dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 2 inci halia – diketuk
  • 3 tangkai daun kari – diraut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 8 sudu besar cili kisar
Cara Memasak
  1. Daging dicuci bersih dan ditoskan.
  2. Satukan daging dengan bahan kisar bersama dengan 2 sudu besar gula.
  3. Perapkan daging sekurang-kurangnya 1 jam supaya pes rempah menyerap dalam daging.
  4. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga harum dan kekuningan.
  5. Masukkan daging yang telah diperap tadi dalam periuk dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk.
  7. Tutup periuk dan masak hingga daging empuk.
  8. Jika air kering dan daging belum empuk, tambahkan lagi air dan terus masak sehingga daging betul-betul empuk.
  9. Setelah empuk dagingnya, masukkan ubi kentang.
  10. Kacau rata dan biarkan merenih hingga kentang empuk.
  11. Kemudian masukkan santan pekat.
  12. Perasakan dengan garam, serbuk perasa jika suka dan letakkan juga asam keping.
  13. Kacau rata.
  14. Biarkan kuah masak dan merenih sebentar.
  15. Akhir sekali masukkan bawang besar yang di belah 4, cili hijau dan tomato.
  16. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidangkan.

8) Resepi Daging Beriani

Bahan Utama
  • 1 kg daging lembu/kambing – dipotong
  • 3 ulas bawang besar – dihiris nipis
  • 3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
  • 4 sudu besar rempah briyani
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1 senduk kecil tomato puree
  • 3 biji tomato – dihiris
  • 3 sudu besar serbuk badam
  • 1/2 cawan tairu atau susu cair
Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 biji cili hijau
  • 4 biji cili merah
Bahan Tumis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 kuntum buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
Cara Memasak
  1. Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar.
  2. Perap selama lebih kurang satu jam.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Masukkan bahan untuk ditumis dan masak hingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar.
  7. Kacau seketika hingga sebati.
  8. Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam.
  9. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.
  10. Siap.

9) Resepi Daging Goreng Pedas

Bahan-bahan
  • 500 g daging lembu – direbus sampai empuk kemudian dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 labu bawang besar – dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit sos ikan
  • 1 sudu besar sos cili
  • 5 biji cili padi – diketuk
  • 1 biji cili merah – dihiris menyerong
  • Sehelai daun limau purut
  • 1 batang serai – diketuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam jika perlu
Cara Memasak
  1. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali.
  2. Goreng daging rebus yang telah dihiris nipis sampai kekuningan, angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang putih dan serai ketuk sampai naik bau.
  4. Masukkan cili kisar.
  5. Goreng hingga agak garing, kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ketuk, sos tiram, sos ikan dan sos cili.
  6. Masukkan daging tadi, cili merah dan bawang besar yang dihiris bulat.
  7. Kacau dan rasa, jika perlu tambahkan sedikit garam.
  8. Bila sudah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.
  9. Hiaskan mengikut kreativiti.

10) Resepi Asam Pedas Daging

Bahan-bahan
  • 500 gram daging – dihiris mengikut citarasa
  • 20 tangkai cili kering – dikisar
  • 5 biji bawang merah – dikisar
  • 2 biji bawang putih – dikisar
  • 1/2 halia – dikisar
  • 1/2 kunyit hidup – dikisar
  • sedikit belacan – dikisar
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 cekak daun kesum – dilurut dari tangkainya
  • 2 kuntum bunga kantan – dibelah 2
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa (jangan pekat sangat)
  • garam dan gula secukupnya
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai yang dititik hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Semasa menumis, sentiasa kacau supaya cantik tumisannya.
  3. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  4. Kacau sebati.
  5. Tambahkan dengan hirisan daging.
  6. Gaulkan dengan bahan tumis tadi dan tutup periuk.
  7. Kacau sekejap-sekejap.
  8. Bila air daging telah kering, tambahkan dengan air ikut suka banyak mana kuah yang kita mahu.
  9. Bila kuah telah menggelegak, tambahkan dengan air asam pula.
  10. Masak lagi hingga daging empuk.
  11. Tambahkan dengan daun kesum dan bunga kantan.
  12. Kalau suka boleh masukkan bunga kantan setelah menambahkan air asam ke dalam masakan.
  13. Biar di atas api seketika.
  14. Siap untuk dihidangkan.

Ini dia 10 jenis resepi masakan daging yang sedap-sedap belaka. Nak lagi resepi masakan daging?

Jom kita tinjau Resepi Daging [PART 2] di sini.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Fucuk dan Cara Memasaknya
Apa Itu Fucuk? Sayur pucuk sering menjadi ramuan utama dalam penyedia­an sup sayur.
Cara Masak Telur Separuh Masak – Perfect Macam Kat Kopitiam!
Pernahkah anda makan telur separuh masak di kopitiam, RnR atau hotel? Memang sedap
Resepi Telur Masak Kicap Simple – Lauk Cepat Bila Tiada Masa
Pernahkah anda kesuntukan masa untuk memasak? Atau tak tau nak masak apa kerana
FoodPanda Kurangkan Caj Penghantaran Makanan Bagi Tahun 2019
FoodPanda merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan terus

Leave a reply "20 Resepi Masakan Daging [Part 1]"