Langgan newsletter kami!
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (APBBH

20 Trivia Menarik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)

Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-30 kian terasa. Pastinya para peminat seni hiburan tanah air teruja dan tidak sabar-sabar menantikan keputusan selebriti mana yang memenangi salah satu anugerah daripada 18 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.

Menariknya, ABPBH untuk edisi ke-30 ini dikenali dengan nama ABPBH 3.0 dan mengetengahkan tema ‘Futuristik’. Ia menampilkan Fauziah Ahmad Daud, Faizal Ismail dan Zulin Aziz sebagai pengacara.

Bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), ABPBH akan disiarkan secara langsung pada 14 Mei 2017 ini menerusi saluran TV3 bermula 9.00.

Trivia Menarik ABPBH

Berikut penulis kongsikan dengan anda mengenai 20 Trivia Menarik ABPBH sepanjang 30 tahun penganjurannya. Check it out!

  1. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1987 dan hasil idea dicetuskan oleh bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A. Nazri Abdullah bersama-sama orang penting dunia hiburan termasuklah wartawan-wartawan unit hiburan.
  2. Sebelum dikenali sebagai ABPBH, anugerah tersebut dipanggil Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular (APPP), Anugerah Bintang-Bintang Popular dan Anugerah Bintang Popular (ABP).
  3. Lebih 40 selebriti popular tanah air pernah menjadi pengacara ABPBH ini termasuklah ND Lala, Datuk Mahadzir Lokman, Norfarahin Jamsari, Syafinaz Selamat, Eman Manan, Azmi Mustapha, Tiara Jacquelina, Fauziah Ahmad Daud, Anita Sarawak, Raja Azura, Syarifah Syahira, Salih Yaacob, Didie Alias, Raja Azura, Zizan Razak, Johan, AG Selamat, Haiza dan ramai lagi.
  4. Pengacara ABPBH paling banyak menjadi milik Raja Azura iaitu sebanyak lapan kali dan diikuti oleh Fauziah Ahmad Daud sebanyak tujuh kali.
  5. Selain Arena Of Stars di Genting Highland, pihak produksi turut menggunakan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Holiday Villa Subang Jaya, Angkasapuri, Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam, Pusat Konvensyen Bandar Sunway, Stadium Putra Bukit Jalil dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai lokasi kemuncak ABPBH.
  6. Lokasi kemuncak ABPBH yang paling kerap digunakan ialah Arena Of Stars, Genting Hingland iaitu sebanyak 12 kali dan diikuti Angkasapuri iaitu 7 kali.
  7. Di awal penganjuran, undian hanya dibuat menerusi surat khabar sahaja tetapi kini undian boleh dibuat menerusi SMS dan laman sesawang rasmi.
  8. Anugerah Artis Paling Popular diperkenalkan pada tahun 1990 di mana pemenang pertamanya diungguli oleh Aisyah.
  9. Datuk Siti Nurhaliza merupakan artis paling banyak menerima Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH iaitu sebanyak tujuh kali.
  10. Pada edisi ke 1996, Anugerah Artis Remaja Popular diperkenalkan selama satu tahun dan dimenangi oleh Siti Nurhaliza sebelum namanya ditukar sebagai Artis Baharu Popular.
  11. Anugerah Penyanyi Nasyid Popular pertama kali diperkenalkan pada edisi 1998/1999 dan Raihan merupakan kumpulan nasyid pertama memenanginya.
  12. Pada edisi 2000, kumpulan Kristal diangkat sebagai pemenang Anugerah Kanak-Kanak Popular. Anugerah tersebut hanya bertahan selama setahun sahaja dan digantikan dengan anugerah-anugerah lain.
  13. Penerima pertama Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH ialah Datuk M.Nasir. Anugerah berkenaan menggantikan tiga anugerah khas juri sebelum ini iaitu Anugerah Veteran, Anugerah Seniwati Veteran dan Anugerah Khas Bintang Popular.
  14. Pelawak otai, Sathiya merupakan pemenang pertama Artis Bukan Melayu Popular pada edisi 1998/1999.
  15. Pada tahun 2016, ABPBH turut memperkenalkan anugerah baru iaitu Anugerah Artis Versatil untuk selebriti tempatan yang serba boleh. Anugerah berkenaan menjadi milik Ifa Raziah.
  16. Untuk pengetahuan pembaca, RTM pernah menjadi rakan penyiar ABPBH sekitar tahun 90-an sebelum diserahkan kepada TV3 mulai edisi 2001.
  17. Anugerah itu mula disiarkan secara langsung di televisyen mulai edisi ketiganya iaitu pada tahun 1989 sehingga hari ini.
  18. ABPBH tidak ditayangkan di kaca televisyen pada edisi sulungnya dan disiarkan secara rakaman pada edisi kedua.
  19. Sepanjang penganjuran ABPBH selama 30 tahun, pelbagai syarikat gergasi tempatan menaja anugerah itu antaranya Nescafe, Celcom, Lux, TimedotCom, Singer, Proton, Kotex, Edaran Otomobil Nasional (EON), Naza Kia, Naza Bikers, U-Mobile, Zarra Cosmetics dan Habib Jewels.
  20. Dalam mencari kelainan, pihak produksi akan mengangkat satu tema bagi memeriah ABPBH saban tahun. Antaranya, Futuristik (2016), #Respek (2015), Semarak Cinta (2014), Magis Alam (2013) dan Ledakan Geometri (2012).
Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: