24 Waktu Mustajab Doa

Gambar Muslim Sedang Berdoa

Berikut adalah antara Masa dan Waktu Berdoa Yang Mustajab dan Cepat Makbul.

  1. Ketika azan (Hadis Riwayat Al Bukhari, Al Hakim dan Abu Nu’aim)
  2. Ketika peperangan di jalan Allah sedang berlaku (Hadis Riwayat Al Bukhari, Al Hakim dan At Tabrani)
  3. Di antara azan dan iqamah (Hadis Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi)
  4. Sepertiga malam yang akhir / waktu sahur (Hadis Riwayat Muslim, Al Hakim dan At Tirmizi)
  5. Ketika hujan turun (Hadis Riwayat At Tabrani dan Abu Nuaim)
  6. Ketika melihat Kaabah (Hadis Riwayat At Tabrani)
  7. Ketika angin kencang / ribut (Hadis Riwayat Abu Nuaim)
  8. Ketika gelincir matahari / masuk waktu zohor (Hadis Riwayat Abu Nuaim)
  9. Ketika berbetulan dengan waktu diperkenankan doa pada hari Jumaat (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  10. Pada hari Arafah (9 Zulhijjah) khususnya ketika terbenam matahari (Hadis Riwayat At Tirmizi, Said Ibnu Mansur)
  11. Pada malam pertama bulan Rejab (Hadis Riwayat Ad Dailami, Abd Razak dan Al Baihaqi)
  12. Pada malam Lailatul Qadar (Hadis Riwayat An Nasa’i, Ibnu Majah dan Al Hakim)
  13. Pada Malam Nisfu Sya’ban (Hadis Riwayat Ad Dailami, Abd Razak, dan Al Baihaqi)
  14. Pada malam Jumaat (Hadis Riwayat Ad Dailami, At Tirmizi dan Al Hakim)
  15. Pada kedua-dua malam raya (Aidil Adha dan Aidil Fitri) (Hadis Riwayat Ad Dailami, At Tirmizi dan Al Hakim)
  16. Pada sepanjang bulan Ramadhan (Hadis Riwayat At Tabrani)
  17. Ketika selesai Khatam Al Quran (Hadis Riwayat Al Baihaqi)
  18. Setelah selesai menunaikan solat lima waktu (Hadis Riwayat Ibnu A’sakir)
  19. Ketika sujud dalam sembahyang (Hadis Riwayat Muslim)
  20. Ketika seseorang itu merasa terpanggil (terbuka) untuk berdoa (Hadis Riwayat At Tirmizi)
  21. Ketika hati seseorang merasa lembut untuk berdoa serta mengalirkan air mata (Hadis Riwayat Ahmad)
  22. Setelah mengucapkan ‘Alhamdulillah’ ketika bersin (Hadis Riwayat At Tabrani)
  23. Ketika manusia lain lalai dari mengingati Allah sama ada dengan kata-kata atau perbuatan mereka (Hadis Riwayat Ahmad)
  24. Ketika terdengar ayam jantan berkokok kerana ia merupakan tanda bahawa turunnya malaikat (rahmat) (Hadis Riwayat Al Bukhari)

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Arak dan Alkohol Dari Perspektif Hukum Islam
Perbezaan Arak dan Alkohol Tidak dinafikan bahawa alkohol atau lebih tepatnya, etanol adalah
Hibah: Harta Bercagar Atau Satu Perogolan Ilmu?
Ini dakwaan sesetengah pihak. Menurut pihak ini hanya harta yang bebas dari cagaran
Niat Solat 5 Waktu dan Solat Jumaat
Setiap solat atau sembahyang yang hendak dilakukan perlu dimulakan dengan niat tak kira
Hukum Puasa Sunat Jumaat Sahaja – Adakah Perlu Diiringi Puasa Khamis Atau Sabtu?
Memandangkan Ramadhan sudah berakhir, pasti ramai di antara kita yang ingin berpuasa sunat

Leave a reply "24 Waktu Mustajab Doa"