Langgan newsletter kami!
MUHAMMAD Vista Background

25 Kisah Ringkas Nabi dan Rasul

Senarai 25 Rasul

Berikut adalah gambar rajah ringkas salasilah keturunan Nabi dan Rasul dan kisah hidup ringkas kesemua 25 nabi Allah.

Salasilah 25 Nabi dan Rasul

1. Nabi Adam as

Asal keturunan semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. Mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke dunia.

Kisah Ringkas Nabi Adam

2. Nabi Idris as

Penduduk Babil Iraq, menerima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama yang pandai menulis, membaca, ilmu falak dan jahit-menjahit.

Kisah Ringkas Nabi Idris

3. Nabi Nuh as

Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar Najiyullah.

Kisah Ringkas Nabi Nuh

4. Nabi Hud as

Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.

Kisah Ringkas Nabi Hud

5. Nabi Soleh as

Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke-6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.

Kisah Ringkas Nabi Shaleh

6. Nabi Ibrahim as

Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan berfikir.

Kisah Ringkas Nabi Ibrahim

7. Nabi Luth as

Anak saudara Nabi Ibrahim as. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka.

Kisah Ringkas Nabi Luth

8. Nabi Ismail as.

Putera nabi Ibrahim as dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu bapanya membina Kaabah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.

Kisah Ringkas Nabi Ismail

9. Nabi Ishak as

Putera Nabi Ibrahim as dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.

Kisah Ringkas Nabi Ishak

10. Nabi Ya’kub as

Putera Nabi Ishak as. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf as. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.

Kisah Ringkas Nabi Yaakub

11. Nabi Yusuf as

Putera Nabi Ya’kub as yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.

Kisah Ringkas Nabi Yusuf

12. Nabi Ayub as

Keturunan nabi Ishak as. Dikurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.

Kisah Ringkas Nabi Ayyub

13. Nabi Zulkifli as

Putera Nabi Ayub as. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Damsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.

Kisah Ringkas Nabi Zulkifli

14. Nabi Syuib as

Berketurunan Nabi Luth as. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dahsyat.

Kisah Ringkas Nabi Syuib

15. Nabi Musa as

Keturunan Nabi Ya’kub as. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.

Kisah Ringkas Nabi Musa

16. Nabi Harun as

Saudara Nabi Musa as. Seorang yang fasih berbicara dan merupakan teman dakwah Nabi Musa.

Kisah Ringkas Nabi Harun

17. Nabi Daud as

Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sama puteranya Nabi Sulaiman.

Kisah Ringkas Nabi Daud

18. Nabi Sulaiman as

Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.

Kisah Ringkas Nabi Sulaiman

19. Nabi Ilyas as

Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.

Kisah Ringkas Nabi Ilyas

20. Nabi Ilyasa’ as

Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya di dalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.

Kisah Ringkas Nabi Ilyasa

21. Nabi Yunus as

Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus).

Kisah Ringkas Nabi Yunus

22. Nabi Zakaria as

Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesarkan Maryam, ibu Nabi Isa.

Kisah Ringkas Nabi Zakaria

23. Nabi Yahya as

Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.

Kisah Ringkas Nabi Yahya

24. Nabi Isa as

Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran.

Kisah Ringkas Nabi Isa

25. Nabi Muhammad saw

Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dahsyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.

Kisah Ringkas Nabi Muhammad

5 Nabi atau Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah: 1. Nuh as 2. Ibrahim as 3. Musa as 4. Isa as 5. Muhammad saw

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

3 comments

  1. kisah para nabi, kerap kali terdengar di telinga ketika kecil dahulu

  2. Assalamualaikum Tuan, boleh saya ambil cerita ini untuk sy hiaskan di bilik jqaf, saya akan letakkan sumber daripada blog Tuan ?

    Tapi sy minta keizinan dulu daripada Tuan, terima kasih.

  3. Assalamualaikum,minta izin ya untk share kisah ringkas 25 nabi ii ini kpd kwn ii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: