Langgan newsletter kami!
Kuruskan Perut Buncit

3 Cara Mengecilkan Perut Buncit Tanpa Bersenam

Memiliki perut yang slim, flat dan tidak buncit adalah idaman setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan. Bagi mereka yang memiliki perut buncit bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah tahap konfiden mereka juga akan berkurangan. Selain itu, banyak lagi perkara buruk seandainya memiliki perut buncit antaranya sukar membongkokkan badan (untuk memakai stokin atau mengikat tali kasut), sukar untuk mencari seluar atau kain yang berpadanan malahan sukar untuk membuang air jika dalam posisi duduk.

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk mengecilkan perut yang buncit dan yang paling mudah ialah tanpa melakukan senaman.

 

Cara Mengecilkan Perut Buncit Tanpa Senaman

Hadkan Pengambilan Gula

Gula terdiri dari sukrosa dan fruktosa. Walaupun istilah kimia ini agak sukar untuk difahami namun apa yang anda perlu tahu adalah fruktosa hanya boleh diuraikan oleh organ hati anda. Namun jika jumlah gula yang anda makan itu terlalu banyak, ia tidak mampu dicerna dengan baik dan akan ditukarkan kepada lemak.

Perlu diingat bahawa pengambilan gula bukan hanya terhad kepada minuman ataupun makanan manis sahaja malahan dalam nasi kosong yang kita makan pun sebenarnya ada terselit sedikit gula. Jadi bayangkan jika semua makanan manis yang kita makan, ditambah lagi dengan makanan yang kita tak perasan ada gula, berapa banyak gula kita dah ambil dalam masa sehari?

Jadi untuk mendapatkan perut yang kurus, disarankan agar anda menjauhi pengambilan gula yang berlebihan.

 

Makan Banyak Protein

Makanan yang mengandungi protein memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan. Ini kerana fungsi protein itu sendiri dapat mengurangkan keinginan dan nafsu makan anda sehingga 60%. Ia seterusnya akan meningkatkan tahap metabolisme tubuh seperti otot dan sistem pencernaan sehingga mampu membakar 80-100 kalori sehari.

Jika anda mahu menurunkan berat badan dan mengecilkan perut, cuba lebihkan protein dalam menu anda seharian. Antara sumber protein yang mudah didapati adalah seperti telur, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam dan produk tenusu.

Mengikut kajian yang dilakukan di Denmark menyatakan bahawa protein haiwan mempunyai pengaruh yang besar dalam mengurangkan risiko perut buncit dalam masa 5 tahun di samping dapat menstabilkan paras gula dalam darah.

 

Kurangkan Karbohidrat

Fungsi utama karbohidrat ialah menyediakan tenaga untuk tubuh melakukan aktiviti seharian. Namun jika pengambilan karbohidrat adalah berlebihan, ia akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah kulit ataupun protein jika diperlukan.

Perlu diingat bahawa mengurangkan jumlah karbohidrat dalam menu harian bermaksud mengurangkan nafsu makan. Ia adalah antara kaedah yang perlu diikut jika mahu menguruskan perut buncit. Dengan diet rendah karbohidrat, ia sebenarnya akan mengurangkan jumlah air yang disimpan dalam sel tubuh dan seterusnya menurunkan berat badan.

Jumlah pengambilan karbohidrat yang disarankan bagi diet menguruskan perut dan menurunkan berat badan adalah antara 20-70 gram sehari. Dengan kiraan 4 kalori per gram, pengambilan karbohidrat ini akan menghasilkan sekitar 80-280 kalori sehari. Namun ia juga bergantung kepada gaya hidup dan tahap aktiviti fizikal seseorang itu. Contohnya, jumlah pengambilan karbohidrat untuk seseorang yang bekerja di tapak pembinaan dalah tidak sama dengan orang yang bekerja di pejabat. Jadi sila pastikan jumlah karbohidrat yang bersesuaian dengan anda.

Contoh pengambilan karbohidrat adalah seperti berikut.
50 gram karbohidrat adalah bersamaan dengan:-

  • sebiji setengah kentang potato; atau
  • semangkuk kecil nasi; atau
  • 2 keping roti canai
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: