4 Cara Mudah Melebatkan Kening Dengan Cepat

How To Grow Thick Eyebrows Naturally

Bulu kening yang lebat dan cantik ala wanita Arab sememangnya adalah idaman ramai wanita. Cuma yang menariknya, ramai wanita tidak tahu yang mana terdapat cara yang mudah untuk memiliki bulu kening seperti ini.

Di sini dikongsikan cara melebatkan kening dengan cepat, mudah dan semulajadi.

 

Petua Melebatkan Kening

  • Minyak Buah Keras
    Dapatkan sebiji buah keras dan buang kulitnya. Kemudian bakar buah keras tadi sehingga hitam dan keluar minyaknya. Anda boleh juga sagat buat keras tadi untuk mengambil minyaknya. Seterusnya, sapukan minyak buah keras pada bahagian kening sebanyak sekali atau dua kali sehari. Disarankan amalkan menyapu minyak tadi pada setiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selama seminggu dan anda akan lihat kesannya.
  • Daun Lidah Buaya
    Daun lidah buaya atau juga dipanggil Aloe Vera merupakan antara tumbuhan yang mujarab dalam bab kecantikan. Petua penggunaan lidah buaya untuk melebatkan kening adalah dengan mengambil lendir pada daun ini dan sapukan pada kening. Kemudian biarkan untuk seketika atau sepanjang malam. Anda akan merasa sedikit gatal tetapi percayalah hasilnya adalah mengagumkan. Lakukannya selama beberapa hari dan lihat kesannya.
  • Minyak Lemak Ayam
    Lemak ayam juga boleh digunakan untuk melebatkan kening. Bagi kaum wanita yang rajin memasak, sambil membersihkan ayam cuba ambil sedikit lemak yang berminyak itu dan sapukan pada kening. Untuk lebih mudah lagi, panaskan dahulu lemak ayam di atas periuk. Bila sudah panas akan terhasillah minyak lemak ayam tersebut. Jika dilakukan secara kerap anda akan dapat lihat bulu kening anda menjadi sedikit lebat.
  • Pucuk Paku
    Pucuk paku bukan saja sedap dibuat ulam, malah boleh digunakan untuk lebatkan kening. Caranya ialah dengan menumbuk pucuk paku itu sampai keluar lendir. Kemudian lendiran tersebut disapukan pada kening. Amalkannya selalu.

Itu saja sedikit tips dan petua melebatkan kening yang sangat mudah. Sesiapa saja boleh amalkannya. Selamat mencuba..


Carian Berkaitan

Cara melebatkan bulu kening, cara melebatkan kening, cara lebatkan kening, cara nak lebatkan kening

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #cara melebatkan kening #How to Grow Thick Eyebrows #petua nak melebatkan bulu kening #tips bulu kening lebat

Awas Bahan Terlarang Dalam Supplemen Kecantikan
Tidak cukup dengan penggunaan kosmetik, ramai yang mengambil supplemen kecantikan untuk mendapatkan kulit
Awas Bahan Berbahaya Pada Kosmetik
“Banyaknya produk! Mana satu nak pilih ni?” Pasti itu yang terlintas dalam fikiran
Biodata Furyna Azmeer, Pengasas AuraWhite
Biodata Furyna Azmeer Nama Penuh: Nurfuryna Mohd. Azmeer Nama Panggilan: Furyna atau Feena
Cara Berpakaian Yang Sesuai Dengan Majlis
Sesetengah individu mungkin tidak peka akan kepentingan menyesuaikan pakaian dengan majlis yang dihadiri,

Leave a reply "4 Cara Mudah Melebatkan Kening Dengan Cepat"