Langgan newsletter kami!
Wanita Terakhir Fattah Amin (Poster)

5 Aktor Popular Malaysia Kini Bergelar Penyanyi

Bergelar seorang selebriti, pastinya mempunyai pelbagai bakat terpendam dalam diri mereka. Sama ada pandai memasak, menyanyi, melukis, menulis atau menari, ianya akan memberi impak yang hebat dan positif buat selebriti berkenaan.

Jika sebelum ini, penulis kongsikan dengan anda tentang lima pelakon wanita popular Malaysia bergelar penyanyi. Berikut, penulis senaraikan pula lima aktor popular Malaysia kini bergelar penyanyi. Siapa mereka? Take a look!

  1. Fattah Amin

Hero drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot ini melangkah setapak lagi apabila terjun ke dunia seni suara.

Setakat ini, figura kacak tinggi lampai berkenaan telah mengeluarkan dua buah lagu iaitu Hero Untuk Mu dan Wanita Terakhir. Ternyata, lagu-lagu ini berhasil dan diterima oleh seluruh peminatnya.

  1. Nazim Othman

Menjadi finalis kepada program nyanyian terbitan Astro, Gempak Superstar 2016 membakar semangat Nazim Othman untuk bergelar seorang penyanyi.

Awal April 2017 lalu, suami kepada aktres cantik, Bella Daily melancarkan single terbarunya iaitu Kerana Cinta. Mahu dikenali sebagai Nazim di dunia seni suara, lagu ini dihasilkan khas buat isterinya yang selalu ada ketika susah dan senang selama ini. Romantik sungguh!

Terdahulu, Nazim pernah mengeluarkan lagu berentak balada berjudul Langit Menagis dan lagu rancak, Destinasi.

  1. Syamsul Yusof

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan sutradara tersohor tanah air, Syamsul Yusof. Selain sibuk dengan aktiviti lakonan dan pengarahannya, bintang filem KL Gangster ini tidak mahu ketinggalan untuk mencuba nasib sebagai penyanyi rap.

Paling manis, lagunya iaitu Kalah Dalam Menang berkolaborasi dengan Mawi berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu 31. Selain Kalah Dalam Menang, anak lelaki kepada Datuk Yusof Haslam ini turut menyanyikan lagu Bukan Propaganda dan Apakah Semua Itu.

  1. Amar Baharin

Menyanyikan lagu tema drama bersiri Tersuka Tanpa Sengaja bersama isteri tersayang, Amyra Rosli berjudul Cerita Kita sedikit sebanyak membuat pelakon tampan ini mula mendekati dunia muzik yang diimpikan sejak kecil lagi.

Boleh bermain alat muzik seperti gitar dan drum, Amar bersama Amyra sekali lagi bersatu menghasilkan lagu duet iaitu Kisah Cinta Kita. Pasangan merpati dua sejoli ini sememangnya berbakat.

  1. Nadzmi Adhwa

Tidak mahu kekal di zon selesa, pelakon baru yang sedang meningkat naik, Nadzmi Adhwa turut melebarkan sayap ke dunia nyanyian.

Single pertamanya iaitu Kaulah Wanita menjadi lagu runut bunyi OST bagi drama bersiri, Cinta Roller Coaster. Di samping itu, pelakon berambut kerinting ini juga bakal mengeluarkan single keduanya berjudul Cinta Setia berduet bersama penyanyi baru, Mia Henry tidak lama lagi.

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: