Langgan newsletter kami!

5 Jenama Tudung Milik Selebriti Wanita Popular Malaysia

Industri fesyen muslimah di Malaysia pada hari ini semakin berkembang pesat terutamanya penataan imej bagi tudung atau hijab. Pelbagai rekaan menarik dan bergaya dicipta untuk si pemakai tampil selesa sekaligus dapat memenuhi tuntutan syariat Islam bagi menutup aurat daripada pandangan ajnabi.

Menariknya, bisnes tudung bukan sahaja dipelopori oleh usahawan tempatan malahan disertai selebriti-selebriti popular negara dalam menjana pendapatan kedua mereka. Ternyata, tudung atau hijab yang dihasilkan oleh selebriti negara sangat laris jualannya dan mencipta fenomena tersendiri di pasaran.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda mengenai lima jenama tudung yang dimiliki oleh selebriti wanita popular negara. Let’s find out!

Jenama Tudung Selebriti Malaysia

  1. Naelofar Hijab oleh Neelofa

Pernah mencetuskan fenomena industri fesyen muslimah apabila perniagaan tudung berjenama Naelofar Hijab yang dimiliki oleh pengacara dan pelakon cantik jelita iaitu Neelofa mencecah RM1.3 juta dalam masa tiga minit selepas membuka tempahan baru pada tahun 2016 lalu.

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor memulakan bisnes tudung pada tahun 2014 di mana perniagaannya semakin pesat membangun sehingga mempunyai lebih daripada 400 stokis dari dalam dan luar negara termasuklah Brunei, Singapura, Australia dan Amerika.

Kebanyakan tudung yang dikeluarkan pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini berbentuk Instant Hijab dan Semi Instant Hijab. Setakat ini, lebih 20 koleksi tudung telah dihasilkan di bawah jenama Naelofar Hijab seperti Queen Warda, Miss Lofa Plain, Lady Warda, Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe dengan harga bermula dari RM70.00 dan ke atas.

Selain tudung, Neelofa juga turut menghasilkan minyak wangi, kasut, kanta lekap dan jubah.

Tudung Neelofa

  1. Kallista oleh Datuk Siti Nurhaliza

Berjaya dengan bisnes kosmetik dan kecantikan melalui jenama Simpily Siti, diva kesayangan Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza melangkah setapak lagi dengan membuka perniagaan tudung di bawah label Kallista.

Menurut pelantun lagu Cindai dan Purnama Merindu tersebut, Kallista diambil daripada bahasa Greek yang membawa maksud paling cantik. Menerusi Kallista, Bintang HMI 1995 ini mengeluarkan tudung berasaskan selendang renda yang hadir dengan pelbagai warna menarik dan harga yang dikenakan mampu milik dari puluhan hingga ratusan ringgit.

Di samping tudung, isteri kepada ahli perniagaan hebat, Datuk Khalid Mohd Jiwa ini turut mengeluarkan baju kurung di bawah jenama yang sama.
Tudung Datuk Siti

Tudung Kallista Oleh Siti Nurhaliza

  1. Padusi oleh Rozita Che Wan dan Ayu Raudah

Padusi merupakan salah satu jenama tudung yang mencetuskan fenomena tersendiri terutamanya buat golongan wanita muslimah dan hijabista. Jenama tudung tersebut dimiliki oleh adik-beradik popular tempatan, Rozita Che Wan (Che Ta) dan Ayu Raudah di bawah label Padusi Couture.

Mangambil perkataan dalam bahasa Minangkabau, Padusi membawa maksud seorang perempuan, wanita atau isteri yang ayu dan bersifat lemah lembut.

Beroperasi di USJ 10, Subang Jaya, Selangor, Padusi menawarkan kepelbagaian selendang yang kebanyakannya dihasilkan daripada sutera satin, sutera crepe dan sifon (chiffon). Selain menjual tudung, Che Ta turut menjalankan bisnes minyak wangi dan mempunyai syarikat produksinya sendiri iaitu Padusi Production.

Tudung Padusi Oleh Che Ta Dan Ayu Raudah

Tudung Padusi Rozita Che Wan

  1. Owl by ND oleh Nora Danish

Tidak mahu ketinggalan dalam dunia bisnes, bintang filem Polis Evo, Nora Danish turut membuka bisnes tudungnya iaitu Owl by Nora Danish.

Walaupun tidak bertudung, ianya tidak menjadi batu penghalang buat pelantun lagu Ini Lagi Boom dalam mengembangkan bisnesnya. Mungkin ini merupakan langkah pertamanya untuk bergelar seorang muslimah sejati kelak.

Beroperasi sejak September 2015 menerusi media sosial, akhirnya isteri kepada Nedim Nazri ini membuka butiknya sendiri yang terletak di Bangi.

Salah satu daripada produk tudungnya iaitu Owl Ezip menjadi tular di media sosial kerana rekaannya yang disifatkan sebagai pelik. Tudung Owl Ezip merupakan tudung yang boleh dizip di bahagian tengah wajah.

Selain mengeluarkan tudung, Nora juga menghasilkan jubah muslimah yang boleh disuai padan mengikut acara.

Tudung Nora Danish Yang Cetuskan Kontroversi

  1. aYana oleh Yana Samsudin

Dalam mengembangkan bisnes tudungnya iaitu aYana yang semakin mendapat sambutan hebat dari orang ramai dan menguruskan hal ehwal rumahtangganya, Yana mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti seninya.

Mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu, anak jati Yong Peng, Johor ini memulakan bisnes tudung pada 14 Julai 2015. Menghasilkan tudung yang cepat dan ringkas, aYana kini bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan di Singapura dan Brunei.

Yana Samsudin juga telah membuka butiknya sendiri iaitu di Seksyen 7, Shah Alam selepas berniaga secara atas talian sebelum ini.

Ayana Oleh Yana Samsudin

Tudung Ayana

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: