Langgan newsletter kami!
Ini Lagi Boom Nora Danish

5 Pelakon Wanita Popular Malaysia Kini Bergelar Penyanyi

Jika seseorang penyanyi menjadi pelakon mungkin kedengaran agar biasa atau klise. Tetapi, bagaimana pula dengan seseorang pelakon bergelar penyanyi?

Di Malaysia, ramai pelakon tempatan mengorak langkah untuk menjadi seorang penyanyi. Ada yang menjadi, ada juga yang sendu atau suam-suam kuku.

Untuk kali ini, penulis senaraikan enam pelakon wanita popular tanah air yang kini bergelar penyanyi. Penasaran? Check in out!

  1. Fazura

Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pengacara cantik jelita, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin. Menguak pintu dunia seni hiburan sebagai pelakon sejak 2004, pemilik butik House Of Doll ini kini mengembangkan portfolio kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Selain lagu Sayang Dirimu, bintang filem Langit Cinta ini turut berduet dengan kumpulan Estranged menerusi lagu Hancur Aku dan lagu Nothing Like Pag-ibig bersama penyanyi dari Filipina, Jason Dy.

  1. Janna Nick

“Mungkin saja, Dia mencintaiku, Dan mungkin saja, Sekadar temanku, Oh keliru…”

Bait-bait lagu Mungkin Saja membuka lembaran baru buat aktres drama rantaian Kau, Aku, Kita ini dalam dunia seni suara.

Ternyata percubaan anak jati Sungai Petani, Kedah ini diterima oleh semua pihak dan sering kali dimainkan di corong-corong radio.

“Saya cuma tidak mahu dicop sebagai artis yang stereotype, takut nanti orang cepat bosan. Apa-apa pun, berlakon tetap menjadi keutamaan saya.” – ujar Janna Nick kepada mStar Online.

  1. Siti Elizad

Selepas menjuarai rancangan realiti tv terbitan Astro iaitu Gempak Superstar, rezeki Siti Elizad semakin melimpah ruah bukan hanya dalam bidang lakonan malahan nyanyian.

Bernaung di bawah pengurusan Paranormal Talent, single pertama pelakon Papa Ricky ini iaitu Haiyaya telah dilancar pada Oktober 2016 lalu.

Terus mengasah bakat, Siti Elizad merancang untuk mengeluarkan single keduanya dengan genre yang lebih ringan, santai dan akustik di mana lebih dekat dengan jiwanya.

  1. Amyra Rosli

Tidak mahu ketinggalan, pelakon cun melecun, Amyra Rosli turut melebarkan sayapnya sebagai seorang penyanyi.

Selain berkolaborasi bersama rapper popular tanah air, Waris dan Juzzthin menerusi lagu Ada Saja, pengacara program Muzik-Muzik 32 ini turut berduet dengan suaminya, Amar Baharin dengan lagu berjudul Cerita Kita dan Kisah Cinta Kita.

  1. Nora Danish

Jika yang lain hanya menyanyikan lagu, tidak bagi bintang filem Polis Evo ini. Menerusi lagu Ini Lagi Boom, Nora Danish tampil sebagai rapper manakala rakan duetnya, Waris menyanyikan lagu berkenaan.

Percubaan pertama isteri kepada Nedim Nazri ini menjadi dan dipuji oleh netizen. Setakat ini, video muzik lagu Ini Lagi Boom telah ditonton lebih daripada 150,000 tontonan sejak dimuatnaik di saluran YouTube pada 6 April 2017 lalu.

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. pelakon pun dah jadi penyanyi.. 2 dalam satu. info menarik

Leave a Reply to Mohd Saiful Ridhwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: