5 Program TV Berunsur Kerohanian Wajib Tonton Sepanjang Ramadhan

Jejak Rasul As Salam

Memasuki bulan Ramadan, stesen-stesen televisyen di seluruh dunia termasuklah di Malaysia berlumba-lumba menayangkan pelbagai program kerohanian bagi mengimarahkan bulan mulia ini. Ternyata, program-program yang disajikan memberi banyak manfaat serta informasi berguna kepada penonton dalam menghayati keindahan Islam dan Ramadhan.

Program TV Wajib Tonton Sempena Ramadhan

Untuk kali ini, penulis senaraikan 5 program kerohanian yang wajib ditonton oleh anda di sepanjang bulan Ramadan ini. Take a look!

1. Jejak Rasul As-Salam

Diperkenalkan di kaca televisyen mulai tahun 1995 di saluran TV3, rancangan Jejak Rasul merupakan salah satu program wajib tonton sepanjang bulan Ramadhan.

Saban tahun, program dokumentari berkonsepkan pengembaraan ini memaparkan kisah-kisah rasul, dakwah Islam, tempat bersejarah dan banyak lagi.

Pada musim ini, program kerohanian yang dikenali Jejak Rasul As-Salam ini dikemudikan oleh Dai Tajdid Hadhari yang mengembara di sekitar Jordan, Turki dan Palestin untuk mencari kewarisan Nabi Muhammad SAW serta mendalami kisah-kisah kewarisan tersebut.

Program ini disiarkan mulai 27 Mei lalu setiap Jumaat hingga Ahad bermula 6.30 petang.

2. Syahadah

Memasuki musim ke-12, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meneruskan lagi program kerohaniannya iaitu Syahadah yang bertemakan Raikan Nur Islam.

Pada edisi kali ini, Syahadah memaparkan kisah keindahan Islam di Maghribi (Morocco) dan asimilasi budaya mualaf di negara kita yang telah ditayangkan mulai 25 Mei 2017 lalu bermula 6.30 petang setiap hari di TV1.

Menurut RTM, program Syahadah dikekalkan kerana mendapat rating tertinggi di stesen penyiaran tersebut setiap kali bulan Ramadhan.

Jika sebelum ini, Syahadah berkonsepkan dokumentari tetapi program keagamaan ini kini berformatkan majalah mulai 2015 yang lalu.

3. Qari Junior

Selain program Jejak Rasul, TV3 turut menampilkan program realiti kerohanian iaitu Qari Junior 2017 dalam menyemarakkan bulan Ramadan ini.

Program ini mengenengahkan 10 peserta kanak-kanak yang dikenali sebagai Qari Muda di mana bukan sahaja mampu mengalunkan bacaan al-Quran dengan baik malahan perlu diiringi dengan tarannum dan tajwid yang betul.

Dihoskan oleh Fakhrul Radhi dan Hazwani Helmi, program ini disiarkan setiap Ahad pada pukul 10.00 malam sepanjang bulan puasa ini.

4. Ramadan 101

Ramadan 101 merupakan program keagamaan terbaru di TV9 yang menampilkan Elfira Loy dan Ustaz Elyas Ismail sebagai pengacara.

Program ini mengisahkan tentang sejarah Islam, pengkongsian gaya pemakanan sihat serta amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang Ramadhan.

Anda boleh menonton program ini setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 di TV9.

5. Oki & Srikandi Al-Quran

Buat anda peminat setia Oki Setiana Dewi, juri Gema Gegar Vaganva (GGV) berkenaan tampil dengan program kerohaniannya di bulan puasa ini.

Mengendalikan program Oki & Srikandi Al-Quran, program bual bicara ini memaparkan 4 kisah tokoh srikandi agung yang ditulis dalam al-Quran bersama artis undangan.

Rancangan ini bersiaran setiap Selasa bermula 7.30 di Astro Oasis 106.

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Program Agama Wajib Tonton Di Bulan Ramadan #Program Kerohanian Wajib Tonton Di Bulan Puasa

Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa
Biodata Elly Arifin, Dari DJ Radio & Pengacara Ke Pentas Lakonan
Biodata Elly Arifin | Mengikuti langkah rakan sekerjanya iaitu Adriana Adnan, Eleena Sui
Bacaan Doa Selepas Solat Beserta Terjemahannya
Doa Selepas Solat. Sesungguhnya memohon doa selepas selesai menunaikan sembahyang fardhu adalah termasuk

Leave a reply "5 Program TV Berunsur Kerohanian Wajib Tonton Sepanjang Ramadhan"