5 Rancangan Realiti Nyanyian Ini Popular Di Malaysia

Mentor Milenia 2017

Rancangan realiti nyanyian bukan satu perkara yang asing di Malaysia. Rancangan berkenaan merupakan sebuah program hiburan yang berbentuk pertandingan yang disertai oleh masyarakat melalui pemilihan uji bakat bertujuanĀ mencari bakat-bakat baharu untuk diketengahkan di dalam industri hiburan.

Selain itu, rancangan realiti juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri yang berperanan sebagai penyokong yang menyokong peserta kegemaran masing-masing. Fenomena sesebuah rancangan realiti turut menyebabkan penerbit dan stesen-stesen televisyen berlumba-luma menerbitkan rancangan tersebut.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda mengenai lima rancangan realiti nyanyain popular di Malaysia. Let’s find out!

1. Bintang RTM

Merupakan program realiti nyanyian paling lama di Malaysia yang dibuat khas bagi mencungkil bakat-bakat baharu di dalam bidang nyanyian sehingga pernah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Bintang RTM telah banyak melahirkan nama-nama besar dalam arena seni hiburan seperti Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Azharina, Siti Sarah dan ramai lagi.

Kali terakhir Bintang RTM diadakan pada tahun 2016 di mana ia menobatkan peserta dari Sabah, Rosario Ninih Chamini Bianis selaku juara.

Untuk rekod, beberapa program nyanyian lain muncul pada tahun 1986 menggantikan Bintang RtM seperti Bintang HMI, Bintang Gala 2, Teen Star dan Suara 90-an. Walaupun terdapat pelbagai pertandingan sampingan yang dianjurkan RTM, ternyata Bintang RTM adalah yang paling dikenali ramai serta berprestij.

2. Akademi Fantasia

Memulakan siaran pada 3 Jun 2003, Akademi Fantasia (AF) merupakan rancangan realiti nyanyian yang diterbitkan oleh stesen TV swasta, Astro.

Konsep AF adalah menyediakan tempat belajar yang menggabungkan elemen hiburan dan akademik dalam mendidik para pesertanya menjadi seorang penghibur yang versatil dan releven dalam industri di mana ia menyediakan tenaga pengajar seperti guru vokal, guru tari dan pengetua yang terdiri daripada penyanyi serta pemuzik profesional negara.

Memasuki musim ke-13 pada tahun 2016 lalu, program ini juga berjaya melahirkan penyanyi terbaik negara seperti Mawi, Hafiz Suip, Stacy, Hazama, Akim, Aizat Amdan, Indah Ruhaila, Aisyah Aziz, Firman, Sufi, Syamel dan ramai lagi.

Untuk pengetahuan semua, lagu ‘Menuju Puncak’ telah diciptakan oleh komposer hebat tanah air, Aubrey Suwito dan menjadi lagu tema program realiti berkenaan.

3. Mentor

Mengangkat motto ‘Tunjuk Ajarku Sifu’, rancangan Mentor adalah sebuah pertandingan nyanyian yang mengetengahkan peranan artis ternama negara selaku mentor serta membimbing protege masing-masing iaitu para peserta program tersebut. Mentor memulakan siaran sulung pada tahun 2005 sehingga 2014 sebelum ditukar menjadi Mentor Legend dan Mentor Milenia.

Antara artis-artis yang terlibat sebagai mentor dalam program realiti itu seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Datuk Zainal Abidin, Mas Idayu, Nora, Liza Hanim, Datuk Hattan, Ajai, Awie, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor.

Seperti Bintang RTM dan Akademi Fantasia (AF), program Mentor turut melahirkan penyanyi-penyanyi yang berbakat besar seperti Black, Fiq, Sarah, Azmil, Aina dan Fahmi.

Terbaharu, Mentor Milenia meneruskan siarannya buat kali kedua bermula 5 Februari lalu yang ditayangkan setiap Ahad pada 9.00 malam di TV3.

4. Kilauan Emas

Selain Akademi Fantasia (AF), Astro turut menerbitkan program realiti nyanyian iaitu Kilauan Emas buat mereka yang berumur 45 tahun ke atas yang disiarkan di Astro Prima 105.

Kilauan Emas dihoskan oleh pengacara popular tempatan, Raja Azura sepanjang enam musim berturut-turut termasuklah Kilauan Emas Otai yang diadakan 2016 lalu di mana lima bekas juara bersaing dengan sepuluh peserta hotseat yang pernah menyertai program realiti tersebut.

Pemenang Kilauan Emas 5, Mustar dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas Otai pada 20 April 2015 lalu.

5. Gegar Vaganza

Lain dari yang lain, Gegar Vaganza (GV) merupakan sebuah program terbitan Astro yang menyaksikan 12 penyanyi profesional dan berpengalaman dalam industri muzik negara bersaing antara satu sama lain.

Program yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse ini bermula sejak tahun 2014 di mana ia mengangkat nama Ayai Illusi sebagai juara GV2014, Siti Nordiana sebagai Juara GV2015 dan Azharina sebagai Juara GV2016.

Program yang disiarkan di Astro Ria 104 turut disertai oleh Siti Sarah, Haiza, Ezad Lazim, Faradhiya, Ifa Raziah, Zarul Umbrella, Elly Mazlein, Nassier Wahad dan ramai lagi.


Carian Berkaitan

ujibakat nyanyian 2017, juara juara rancangan realiti tv malaysia dari sabah, Pusuk Milenia penyanyi Malaysia, rancangan ujibakat nyanyian di Malaysia

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Rancangan Realiti Popular Di Malaysia

Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa
Biodata Elly Arifin, Dari DJ Radio & Pengacara Ke Pentas Lakonan
Biodata Elly Arifin | Mengikuti langkah rakan sekerjanya iaitu Adriana Adnan, Eleena Sui
Biodata Ben Amir, Semakin Laris Di Arena Lakonan
Biodata Ben Amir | Penangan drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot sedikit

Leave a reply "5 Rancangan Realiti Nyanyian Ini Popular Di Malaysia"