5 Resipi Sarapan Mudah Dan Berkhasiat Dengan Bahan Yang Sama

Roti Avocado Egg Toast

Kepentingan sarapan sudah lama diberitahu oleh pakar pemakanan dan kesihatan. Sama ada anda mengambil nasihat tersebut atau tidak, di sini saya kongsikanĀ 5 resipi yang cukup mudah disediakan setiap hari.

Hidangan makanan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat dengan indeks glisemik rendah, protein tanpa lemak dan lemak baik. Kombinasi ini menjadikan anda kenyang sekurang-kurangnya untuk empat jam.

Untuk kelima-lima resipi ini, anda memerlukan:-

Karbohidrat:

  • Roti mil penuh
  • Rolled oats
  • Ubi kentang

Protein:

  • Telur
  • Susu
  • Keju cheddar

Lemak:

  • Minyak zaitun
  • Buah avokado
  • Mentega kacang
Resepi Sandwich Mudah

Roti + telur + avokado

1. Jerang air di atas dapur, kemudian perlahankan api dan masukkan sebiji telur selama 3 minit.
2. Sementara menunggu, bakar dua keping roti.
3. Kupas avokado dan potong nipis. Ambil tiga keping potongan avokado untuk sandwich ini.
4. Untuk menghidang, letakkan telur separuh masak tadi di atas sebelah bahagian roti dan avokado di sebelah bahagian lagi.

Resepi Shake Avokado

Rolled oats + susu + avokado

1. Masukkan segenggam rolled oats, segelas susu dan tiga keping potongan avokado ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lumat dan hidang.

Resepi Sandwich Sarapan

Roti + keju + mentega kacang

1. Bakar dua keping roti.
2. Sebaik sahaja roti siap dibakar, taburkan keju di atas sekeping dan sapukan mentega kacang di atas sekeping lagi.
3. Bakar roti sekali lagi di atas kuali sehingga keju mencair.

Resepi Omelette Mudah

Kentang + telur + minyak zaitun

1. Potong kentang dalam bentuk kiub kecil.
2. Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk dan pukul dengan garpu.
3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan goreng kentang sehingga masak.
4. Tambahkan telur ke dalam kuali dan balikkan telur sehingga masak.

Resepi Chips Kentang Breakfast

Kentang + keju + minyak zaitun

1. Hiriskan kentang nipis-nipis.
2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali dan goreng kentang.
3. Sementara kentang masak, taburkan keju dan biar ia cair.

Selamat mencuba!


Carian Berkaitan

resepi sarapan berkhasiat, resepi sarapan mudah, resepi sarapan pagi, resepi sarapan pagi yang mudah dan sedap

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #resepi sarapan pagi berkhasiat #resepi sarapan ringkas

Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Mudah & Sedap
Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Sedap. Menarik bukan tajuknya? Sebut saja sandwich tentu
Cara Memasak Telur Dadar Yang Mudah & Sedap
MasakanĀ Telur Dadar memang digemari hampir semua orang. Bukan sahaja kosnya murah malahan rasanya
Resepi Tteokbokki Korea Yang Popular
Sekiranya anda adalah penggemar drama Korea ataupun peminat KPOP ataupun peminat Running Man
Resepi Daging Goreng Berempah
Daging goreng sememangnya antara menu makanan yang sedap jika dimakan begitu saja dengan