5 Selebriti Malaysia Yang Berasal Dari Felda

Image Asmawi Ani

Sejak ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu, nama Felda semakin dikenali bukan sahaja dikalangan masyarakat tempatan malahan di persada antarabangsa. Sedikit demi sedikit, pelbagai kejayaan dilakar agensi berkenaan terutamanya menerusi generasi baharunya yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti politik, keusahawanan, pendidikan, sukan, seni hiburan dan banyak lagi.

Ramai anak Felda yang menceburi bidang seni hiburan tanah air seperti pelakon, penyanyi, model dan guru vokal. Di sini, kami kongsikan mengenai 5 selebriti Malaysia yang berasal dari Felda.

 

Mawi AF3

1. Mawi

‘Raja SMS’ dan ‘Tsumawi’. Itulah antara gelaran yang pernah diberikan oleh peminat kepada juara program realiti Akademi Fantasia 3 (AF3) pada tahun 2005, Asmawi Ani atau Mawi.  Sedikit biodata tentang Mawi, beliau dilahirkan pada 25 Ogos 1981 dan merupakan anak jati Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

Antara lagu-lagu popularnya seperti Aduh Saliha, Kian, Angan Dan Sedar, Lagu Jiwa Lagu Cinta (berduet dengan Datuk M.Nasir), Sahabat Dalam Tubuh (berduet dengan Filsuf), Al-Haq (berduet dengan Datuk AC Mizal), Kalah Dalam Menang (berduet dengan Syamsul Yusof) dan banyak lagi.

Pelbagai kejayaan manis telah dicapai oleh Mawi sepanjang bergelar anak seni termasuk Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (APBBH) pada tahun 2005, 2006 dan 2007, Penyanyi Lelaki Popular (Anugerah Era 2006) dan Artis lelaki Paling Popular (Anugerah Planet Muzik 2007).

Beliau menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) pada 2008 dan dikurniakan seorang anak iaitu cahaya mata perempuan bernama Cahaya Malaika yang kini berusia 4 tahun.

Selain menyanyi dan berlakon, beliau turut melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan dengan mengasaskan jenama tersendiri iaitu Unequien dengan mengeluarkan pelbagai produk berasaskan kesihatan, kecantikan, makanan dan minuman, rangkaian pakaian dan banyak lagi.

 

Gambar Que Haidar

2. Que Haidar

Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Iskandar merupakan anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Sedikit biodata tentang Que Haidar, beliau dilahirkan pada 30 Mei 1979 dan merupakan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia teater sebelum terjun ke layar perak.

Bakatnya dalam arena seni lakon sememangnya tidak boleh dipertikaikan dan terus dikagumi terutamanya bagi pendatang baharu seni tanah air.

Drama pertamanya ialah Toll Gate Girl yang diarahkan oleh Pengarah Hebat, Osman Ali. Sepanjang bergelar anak seni, beliau pernah menerima Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 dan 2009.

Seterusnya, Que juga pernah memenangi dua buah trofi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin TV3 menerusi dua buah drama TV lakonannya Tuhan Pun Tahu (2007) & Terlerai Takbir Kasih (2009). Di Festival Filem Malaysia (FFM), beliau pernah dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello serta dua kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada tahun 2006 dan 2009.

Pada tahun 2013, beliau dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar di Akademi Fantasia (AF) musim ke-10.

 

Siti Nordiana Make Up

3. Nana

Pemilik nama penuh Siti Nordiana Mohd Alias atau lebih mesra disapa Nana merupakan generasi baharu Felda Sendayan, Negeri Sembilan.

Tahun 1999 menjadi titik tolak bermulanya karier Nana sebagai seorang penyanyi apabila beliau berjaya bergelar juara menerusi pertandingan nyanyian ‘Tunas 9’ anjuran Radio Negeri Sembilan.  Selepas itu, Nana diikat kontrak bersama syarikat rakaman FMC.

Nana menceburi bidang seni suara pada tahun 1999 ketika berusia 15 tahun dan mempunyai lima buah album studio secara solo. Beliau dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu pop Melayu dan tradisional. Selain berkecimpung sebagai penyanyi solo, Nana juga dikenali sebagai pasangan duo bersama penyanyi Achik, vokalis kumpulan Spin.

Di samping aktif sebagai penyanyi, Nana juga berbakat besar dalam bidang lakonan. Beliau pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti Wad 04, Helah, 3 Dara Pingitan, Nenas Dan Ikanku, Aku Budak Minang 2 dan Anak Tengi serta filem berjudul Prahara.

Nana muncul dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Dia Semanis Honey (drama) yang diadaptasi daripada novel karya Dila Dyna. Lakonan Nana dan Alif Satar mendapat tempat di hati peminat, sehinggakan drama Dia Semanis Honey menjadi kata carian paling banyak di Google Malaysia.

Nana mendirikan rumahtangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, lahir pada 21 Mac 2008. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 14 September 2009. Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Nama beliau kembali meningkat naik selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2.

 

Jalil Hamid

4. Jalil Hamid

Sedikit biodata tentang Jalil Hamid. Nama sebenar beliau adalah A. Jalil Nin A. Hamid dan dilahirkan pada 25 April 1957. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik.

Anak jati Felda Cahaya Baru, Masai, Johor ini bukan sahaja berkebolehan dalam lapangan nyanyian malah cabang seni beliau merangkumi bidang lakonan selain turut dikenali sebagai pelawak yang cukup bersahaja.

Beliau juga pernah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kreatif Lakonan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1980.

Selain Ayam, antara lagu-lagu popularnya seperti Makan, Mata dan lagu Raya.  Pelbagai drama, teater dan filem telah dibintanginya termasuklah Uda dan Dara, Driving School, Queen Control, Wanita Bertudung Hitam, Baginda, Tak Ori Tapi Ok dan banyak lagi.

Cemerlang dalam bidang lakonan, beliau pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 8 menerusi drama Nur Di Pintu Syurga, Pelakon Pembantu lelaki Terbaik di festival Filem Malaysia ke-13 (filem Baginda) dan terbaru Pelakon Pembantu Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2016 (drama Calon Syurga).

 

Cikgu Siti Hajar Ismail AF

5. Cikgu Siti Hajar

Siti Hajar Ismail atau mesra disapa sebagai Cikgu Hajar merupakan anak kelahiran Felda Soerharto, Hulu Selangor, Selangor dan dilahir pada 26 Februari 1985.

Beliau memulakan kerjaya sebagai jurulatih vokal dan guru muzik pada tahun 1987 di beberapa pusat seni persembahan, sekolah dan orang perseorangan sebelum bergelar pensyarah vokal di institusi pengajian tinggi seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Teknologi Mara (Uitm), Institusi Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dan banyak lagi.

Bermula dengan program Sinaran Passport Kegemilangan di TV3 namanya mula mekar dan dikenali netizen lebih-lebih lagi menerusi program realiti TV seperti Akademi Fantasia (AF) dan Kilauan Emas terbitan Astro.

Beliau juga merupakan Presiden Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Generasi Felda Malaysia (PERKESAN) iaitu persatuan yang diwujudkan untuk menarik minat golongan muda dalam aktiviti kesenian yang meliputi semua aspek seperti nyanyian dan lakonan.

Jasa dan khidmatnya melalui bidang seni ini telah dihargai oleh kerajaan Selangor dan dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada tahun 2007.

Sumber: Akhbar 1Suara


Carian Berkaitan

ARTIS MALAYSIA ASAL JOHOR, biodata penyanyi kelahiran felda, artis Malaysia yang berasal dari felda, artis wanita dari felda lok heng johor

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #anak felda #artis dari felda

Biodata Nik Adam Mika, Pelakon Cilik Popular
Biodata Nik Adam Mika | Kecil-kecil cili padi! Pepatah Melayu ini sangat sesuai
Biodata Mustaqim Bahadon, Aktor Berbadan Sasa Kelahiran Perlis
Biodata Mustaqim Bahadon| Namanya mula mencuri tumpuan para peminat tanah air apabila membintangi
Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa

Leave a reply "5 Selebriti Malaysia Yang Berasal Dari Felda"