7 Selebriti Malaysia Yang Bergelar Usahawan Berjaya

Banner SimplySiti Air Asia

Dunia bisnes hari ini bukan sahaja dipelopori oleh ahli perniagaan malahan turut disertai golongan selebriti seperti pelakon, penyanyi dan model.

Di negara kita sendiri, ramai anak seni melebarkan sayap karier mereka ke arah perniagaan. Ada di kalangan mereka bukan sahaja hebat di lapangan seni bahkan juga sukses di arena perniagaan masing-masing.

Berikut, kami kongsikan dengan anda mengenai tujuh selebriti Malaysia yang bergelar usahawan berjaya dan boleh dijadikan inspirasi buat kita semua.

  1. Neelofa

Naelofar Hijab, satu jenama tudung segera yang mencetus fenomena tersendiri terutamanya buat golongan wanita muslimah dan hijabista. Jenama tudung berkenaan dimiliki oleh pengacara Meletop, Noor Neelofa Mohd. Noor atau nama komersilnya, Neelofa.

Anak jati Kelantan ini memulakan perniagaan tudungnya pada tahun 2014. Sejak itu, perniagaannya semakin dikenali dan berkembang pesat sehingga mempunyai lebih 400 stokis dari dalam dan luar negara termasuklah Singapura, Brunei, Australia dan Amerika.

Menerusi laporan beberapa akhbar tempatan pada tahun lalu, perniagaan tudung figura itu pernah mencecah RM1.3 juta dalam masa tiga minit selepas membuka tempahan baru untuk stokis dan pelanggan.

Tudung keluaran pelakon drama Suri hati Mr Pilot itu kebanyakannya berbentuk Instant Hijab dan Semi Instant Hijab.

Paling menarik, bintang filem Azura itu pernah dinobatkan Anugerah Ikon Wanita sempena Anugerah ‘Tribute To Women’ pada tahun 2016.

Selain tudung dan minyak wangi, Neelofa juga pernah menjual kasul, kanta mata dan jubah.

Neelofa Naelofar Hijab

Neelofa Memenangi Awards Kerana Kejayaan Dalam Perniagaan

  1. Datuk Siti Nurhaliza

Diva kesayangan Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza menceburi bidang perniagaan produk komestik dan kecantikan melalui jenama SimplySiti mulai 2010 bersama suami tercinta, Datuk Khalid Muhd Jiwa serta dua rakan niaganya.

Simply Siti merangkumi tiga produk utama iaitu penjagaan kulit, solekan dan minyak wangi.  Bertagline ‘Rahsiaku Kini Milikmu’, produk-produk berkenaan boleh didapati di cawangan Watsons, Guardian dan Jusco di seluruh Malaysia.

Menerusi bisnes, pelantun lagu Cindai ini pernah dinobatkan Produk Halal Terbaik di Anugerah Halal Journal 2010, Anugerah Jenama Harapan melalui The BrandLaureate – SMEs Chapter Awards 2011 dan Malaysia’s Strongest Brands-(Kecantikan) di Malaysia’s Strongest Brands Award 2016.

Selain Simply Siti, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini turut melancarkan jenama pakaiannya yang diberi nama Creacion By Siti Nurhaliza yang memfokuskan pakaian ready to wear.

Produk Penjagaan Wajah SimplySiti

Produk Alat Makeup Siti Nurhaliza

  1. Afdlin Shauki

Selepas kejayaan membuka restoran berkonsepkan komedi iaitu Comedy Planet di Kilang Bateri, Johor Bahru, pelawak dan pengarah terkemuka tanah air, Afdlin Shauki membuka cawangan keduanya di Great Eastern Mall, Ampang.

Di Comedy Planet, para pelanggan ditawarkan makanan tradisional Melayu dan barat dengan penggunaan nama-nama unik seperti Gado-Gado Balik Rumah, Sup Tulang Merah Tanda Berhenti, Nasi Lemak Konfius Mak Dengan Sambal Squidworth dan banyak lagi.

Para pelanggan juga turut dihiburkan dengan pelbagai hiburan daripada pelawak-pelawak terkenal tempatan seperti nyanyian, lawak jenaka, puisi, improvisasi dan apa juga persembahan ringan apabila berkunjung ke sana.

Di samping itu, figura tersebut turut menjual pakaian bersaiz besar iaitu B.O.B by Afdlin Shauki seperti kurta, pelikat pants dan batik pants.

Makanan Di Comedy Planet Milik Afdlin Shauki

Seluar Pelikat Keluaran Afdlin Shauki (BOB Pelikat Pants)

  1. Fizo Omar

Demi memajukan bisnes, pengacara Nasi Lemak Kopi O, Fizo Omar memperlahankan karier seninya.

Bermula dengan serunding, pelakon drama Bio-Nik ini menjalankan bisnes burger iaitu Hot Burger serta restoran sajian masakan Thai, Fizo Mawar Kitchen di Bandar Baru Bangi yang menawarkan menu-menu menarik seperti nasi gaul, meang kam, roti stereng dan phad thai.

Sehingga kini, Fizo telah mempunyai lebih 100 buah cawangan Hot Burger di seluruh Malaysia termasuklah Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.

Selain itu, anak kedua daripada empat adik-beradik ini turut diundang pelbagai pihak terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) dan universiti untuk berkongsi pengalaman dalam bidang bisnes.

Berkat usaha gigihnya, anak jati Kota Bharu, Kelantan itu diberikan pengiktirafan Anugerah Pembangunan Usahawan Muda Selangor menerusi Majlis Anugerah Pencapaian Terbaik Usahawan Selangor 2014 serta Ikon Belia Malaysia (2012 & 2013).

Fizo Omar Usahawan Berjaya

Fizo Omar Hot Burger

  1. Elfira Loy

Pelakon kecik molek, Elfira Loy mengorak setapak lagi dalam menceburi bidang perniagaan. Bermula dengan bisnes sarung telefon, T-shirt dan skaf di bawah jenama Twinkle by Elfira, pelakon drama Cik Paris Diva Kampung itu baharu sahaja melancarkan pakaian muslimah rekaan sendiri menerusi label EL by Elfira Loy.

Menjadi duta kepada produk pelembab bibir, Lord Cosmetics, kakak kepada pelakon, Ahmad Ezzrin Loy ini turut membuka kafe ala hipster yang dinamakan Love Me Seven Days di Alam Damai, Cheras yang menawarkan makanan berasaskan tempatan dan barat.

Poster Elfira Loy Lord Cosmetics

Gambar Elfira Loy Cantik Berhijab

  1. Fazura

Figura cantik jelita ini tidak pernah tewas apabila bergaya. Disebabkan minatnya terhadap fesyen, Fazura akhirnya membuka butiknya sendiri, House of Doll di Jalan Telawi, Bangsar.

Sebahagian koleksi pakaian yang dijual di butiknya merupakan rekaan sendiri bintang filem Pisau Cukur berkenaan dan sebahagian lagi hasil daripada kolaborasi bersama pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Seterusnya, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin turut mengeluarkan rangkaian haruman badan berjenama Mystical by Fazura. Wangian itu dikategorikan kepada tiga iaitu Spotlight (campuran variasi buah buahan), Love Me (bauan Chamomile Honey) dan Berry Beautiful (Berry Mix) yang dijual pada harga RM39.90 untuk saiz kandungan 175ml.

Butik Fazura

Perfume Fazura

  1. Angah (Raja Lawak)

Sukar dalam mencari pakaian yang bersaiz besar membuatkan pelawak popular, Angah Raja Lawak bersama-sama dua rakan kongsinya membuka empayar jenama fesyen pakaian iaitu Republic Of Big (ROB).

ROB merupakan sebuah jenama pakaian berkualiti yang menitik beratkan penampilan dan gaya mengikut trend terkini dari saiz S hingga 6 XL dengan harga serendah RM49.90 sehingga RM159.90.

Dibuka secara rasmi pada 2014, ROB mempunyai butik di Johor Bahru dan kilang sendiri di Botongtanjung, Bandung, Indonesia. Selain baju t-shirt, raglan dan polo shirt, ROB turut mengeluarkan kurta berlengan pendek dan panjang.

Angah Raja Lawak Buka Butik Baju ROB (Republic Of Big)

Gambar Kahwin Angah Raja Lawak Dan Isteri, Amira Asyura


Carian Berkaitan

siti nurhaliza seluar pendek, gambar wanita berhijab elfira loy malaysia, usahawan selebriti di malaysia, artis berjaya

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Bisnes Artis Malaysia #Selebriti Malaysia #Usahawan Selebriti Malaysia

Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa
Biodata Elly Arifin, Dari DJ Radio & Pengacara Ke Pentas Lakonan
Biodata Elly Arifin | Mengikuti langkah rakan sekerjanya iaitu Adriana Adnan, Eleena Sui
Biodata Ben Amir, Semakin Laris Di Arena Lakonan
Biodata Ben Amir | Penangan drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot sedikit

Leave a reply "7 Selebriti Malaysia Yang Bergelar Usahawan Berjaya"