About Me

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Blog yang pada mulanya diwujudkan secara suka-suka, namun telah berkembang secara perlahan-lahan dengan sokongan daripada anda semua.

Ok, sedikit pengenalan tentang diri saya. Nama saya Azhan, tak perlulah nama penuh ye.. Lahir di Besut, Terengganu. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh (SKPJ), Besut, Terengganu dan kemudian ke Sekolah Menengah Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS), Kuantan, Pahang. Seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Sekarang telah bekerja juga berkahwin (kredit untuk Blog Encik Shino atas coverage perkahwinan) dan dikurniakan dengan 3 cahaya mata yang comel-comel belaka. Alhamdulliah rezeki dari Allah. Oklah, saya tak pandai sangat nak tulis panjang-panjang sebenarnya. Cukuplah sekadar itu perkenalan kita.

Akhir kata, harapan saya semoga artikel yang dipaparkan di sini bermanfaat buat anda semua. Jika anda ada apa-apa cadangan atau komen, boleh terus hubungi saya di sini.

Sekian terima kasih dan jumpa lagi.

cc: medialah.com