Adakah Warna Mempengaruhi Mood Seseorang?

Colors And Emotion

Betulkah warna boleh mempengaruhi mood manusia? Jawapannya betul, kajian mendapati warna bukan sahaja mempengaruhi mood seseorang malah perangai dan tahap stress juga. Pakar warna menjelaskan ia disebabkan oleh sifat warna itu sendiri yang dikaitkan dengan elemen tertentu. Contohnya warna biru yang dikaitkan dengan warna langit, ia secara tidak langsung memberikan kesan ketenangan.

Mari kita lihat bagaimana anda boleh memilih warna untuk memaksimumkan potensi diri anda berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan.

Warna desktop komputer anda: Hijau

Warna hijau adalah warna yang merehatkan mata, sebab itu kita digalakkan memerhati kehijauan pohon-pohon. Ia dapat meminimumkan rengsa mata anda yang menggunakan komputer untuk jangka masa panjang ketika di pejabat ataupun di rumah.

Warna pakaian sukan anda: Jingga

Jingga adalah warna yang terhasil daripada campuran warna merah dan kuning yang memberikan kesan penggalakkan pada seseorang. Ia dapat menambah bekalan oksigen otak dan menghasilkan tenaga serta merangsang minda. Untuk itu, anda akan lebih bersemangat apabila bersenam.

Warna untuk anda menjadi lebih agresif: Hitam

Sama ada perlawanan sukan atau pekerjaan bidang jualan, pakaian berwarna hitam akan membuat anda lebih agresif dalam mengejar target yang ditetapkan.

Warna ruang kerja anda: Biru dan Hijau

Warna biru memberikan fokus, ketenangan dan kepercayaan terhadap kerja yang dilakukan. Warna hijau pula dapat mengurangkan kebimbangan dan dikaitkan dengan wang. Kedua-duanya merupakan kombinasi terbaik untuk menggalakkan produktiviti di ruang kerja.

Warna untuk ruang rehat: Kelabu

Warna kelabu menjadikan seseorang pasif dan kurang bertenaga. Maka, ia sesuai untuk ruang rehat yang dapat mengelakkan otak anda daripada overthinking. Elakkan memakai pakaian berwarna kelabu secara keseluruhan ke tempat kerja kerana ia boleh membuatkan anda malas!

Diharapkan selepas ini, pembaca sekalian tidak ambil ringan soal pemilihan warna. Walaupun ada banyak faktor lain yang mempengaruhi mood seseorang, tetapi dengan memilih warna yang betul bagi situasi, anda telah membuat keputusan bijak untuk menjadikan hidup anda lebih baik. Jangan main hentam saja ya!


Carian Berkaitan

warna kelabu bagi mood tak elok

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM
Baru-baru ini tersebar di media sosial satu jenama kosmestik popular dikatakan mengandungi bahan
Biodata Junaidah Kiting, Pengasas De’Wajah
Biodata Junaidah Kiting, Pengasas De’Wajah Nama Penuh: Junaidah Bt. Kiting Asal: Jelebu, Negeri
Solekan Untuk Wanita Malaysia
Di negara tropika ini, wajarlah bagi anda untuk mengenakan solekan yang sesuai supaya
Tutorial Cara Pakai Kain Pelikat
Cara Memakai Kain Pelikat Yang Betul Nampak macam senang dan simple je pakai