Al-Fatihah: Pengasas Dnars Skincare Maut Kemalangan

Pengasas Dnars Skincare Meninggal

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad maut selepas terlibat dalam kemalangan di Pattani, Thailand pagi ini. Perkara itu disahkan oleh anaknya, Iqbar Hakim menerusi akaun Instagramnya pagi ini. Dalam satu video, Iqbar dalam tangisannya meminta agar semua pihak dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibunya.

Sementara itu, berita kematian Faziani juga telah disahkan oleh adiknya, Faizol Rohban Ahmad. Faizol memaklumkan, kakaknya bertolak dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi bersama suaminya.

Mangsa, 40, menaiki kereta jenis Toyota Estima yang dipandu suaminya Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dipercayai melanggar sebuah lori rosak yang berhenti di tepi Jalan Pattani-Hatyai, Kg Donrak, Nong Chik kira-kira 9 pagi (waktu tempatan).

“Berdasarkan siasatan awal polis, pemandu kereta Toyota Estima berkemungkinan tertidur, dan melanggar lori rosak yang berhenti di tepi jalan tanpa meletakkan tanda amaran,” katanya.

Faziani meninggal dunia di tempat kejadian manakala Ahmad Shah digegaskan ke Hospital Nong Chik dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Arwah yang berusia 40 tahun itu berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan. Produk kecantikan Dnars Skincare sangat popular terutamanya di Pantai Timur dan iklan promosi produk beliau seringkali berkumandang di corong-corong radio tempatan. Bagi yang ingin mengenali arwah secara lebih dekat, boleh rujuk Biodata Faziani Rohban Pengasas Dnars Skincare di sini.

Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Dnars Skincare Maut Kemalangan Foto Accident Dnars Skincare Foto Kemalangan Faziani Rohban Pengasas Dnars Skincare Meninggal


Carian Berkaitan
pengasas dnars skincare kemalangan

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #dnars skincare meninggal

Filem Dendam Pontianak (2019)
Dendam Pontianak adalah filem seram terbaharu lakonan pelakon cantik Fazura dan Remy Ishak.
Biodata Ira Kazar, Anak Kepada Pelakon Kazar
Siapa Ira Kazar? Gadis cantik ini adalah anak perempuan kepada pelakon veteran, Kazar.
Biodata Mimi Ernida, Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa
Siapa Mimi Ernida? Nama beliau mula mendapat perhatian peminat apabila membintangi filem aksi
Biodata Faez Nick, Pelakon Dan Model Berasal Dari Johor Bahru
Siapa Faez Nick? Jejaka berbadan sasa ini adalah seorang pelakon, duta dan model

Leave a reply "Al-Fatihah: Pengasas Dnars Skincare Maut Kemalangan"