Langgan newsletter kami!
Gypsum Dengan Profile Cornice

Apa Itu Cornice?

Maksud Cornice

Jika anda baru sahaja membeli rumah atau membina rumah sendiri, tentu sahaja anda inginkan dekorasi yang cantik untuk rumah anda. Penambahan cornice akan menjadikan rumah anda lebih mewah dan bergaya.

Jadi apa itu cornice? Mungkin ada di antara kita biasa mendengar perkataan cornice, plaster siling dan sebagainya yang berkaitan dengan renovation rumah. Menurut kamus, Cornice bermaksud perhiasan di atas tembok (bahagian atas tembok, pilar atau gedung yang menonjol ke luar).

Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English by AS Hornby: projecting part above the frieze in a column, the illus at column;ornamental moulding (eg in plaster) round the walls of a room, just below the ceiling; horizontal strip of carved wood or stone along an outside wall; overhanging mass of snow above a precipice.

Cornice adalah hiasan yang diletakkan di bahagian tepi plaster siling. Ia mempunyai banyak pilihan, bentuk, bunga, corak dan warna. Jika anda memilih siling cornice yang berwarna, harganya lebih mahal berbanding siling cornice yang berwarna putih. Ini kerana siling cornice yang berwarna akan dicat secara manual menggunakan tangan.

Tambahan lagi, dengan pemilihan siling cornice berwarna, anda perlu berhati-hati pada bahagian sambungan antara satu cornice dengan cornice yang lain kerana sambungannya akan jelas kelihatan jika tidak dipasang dengan teliti berbanding dengan siling cornice yang berwarna putih.

Cornice telah dikenal di Eropah sejak awal abad 17. Pada gaya klasik, cornice dibuat dengan perincian yang sangat rumit dengan ukiran-ukiran bermotif alam, seperti dedaunan, kelopak bunga, dan sebagainya. Semakin rumit ukiran pada cornice, semakin tinggi nilai bangunan tersebut.

Namun, pada zaman moden kini, motif cornice disederhanakan, umumnya hanyalah berupa alur-alur dengan kombinasi ukiran yang sederhana. Pembuatannya pun sudah semakin senang. Bahan yang digunakan pada umumnya Gypsum dan kayu, namun ada juga yang menggunakan simen putih dan sebagainya.

Cornice Berwarna Cornice Luar Bangunan Gypsum Dengan Profile Cornice Siling Cornice Ringkas

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: