Langgan newsletter kami!
Ovalette Malaysia

Apa Itu Ovalette?

Apa Itu Ovalette?

Nama panggilan lain bagi Ovalette (atau ada juga yang mengeja ovelette atau ovalet) adalah Quick 75. Ovalette adalah berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning atau oren dan boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek. Ia juga dikenali sebagai sponge cake stabiliser.

Fungsi Ovalette

Ovalette berfungsi sebagai pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Selain kek span, ada juga resepi Kek Sarawak dan apam yang mengunakan ovalette sebagai bahan penstabil. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.

Ovalette akan menjadikan kek mudah mengental (stiff), stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

Kepada mereka yang tidak pernah menggunakan ovalette, apa kata anda cuba resepi kek yang menggunakan ovalette sebagai bahan penstabil kek.

Ovalette In Malaysia Fungsi Ovalette

Bahan Dalam Ovalette

Ovalette diperbuat dari apa? Kebanyakan ovalette diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine (pewarna) dan air. Jadi anda perlu menyemak label apabila membeli produk ini di pasaran.

Cuma anda perlu berhati-hati apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label.

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam ovalette adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan dari lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan halal pada produk tersebut, Insyaallah ianya sememangnya halal.

Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka produk tersebut akan menimbulkan was-was dan berkemungkinan tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut perundangan Islam.

Pengganti Ovalette

Jika anda sedang membuat kek, apakah bahan yang boleh digunakan sebagai pengganti ovalette supaya kek menjadi lebih gebu? Jika tidak mahu menggunakan ovalette, pastikan anda memukul telur dan gula hingga kembang dan ringan (Kek span tanpa ovalette).

Untuk kek yang memerlukan anda memukul mentega dan gula, sebenarnya anda tidak perlu memasukkan ovalette. Tips nya adalah dengan mengasingkan kuning dan putih telur. Kemudian masukkan kuning ke dalam adunan dan masak seperti biasa.

Manakala putih telur pula dipukul dengan sedikit garam atau setengah sudu jus limau nipis (menggantikan krim tartar) hingga kental. Kemudian gaul dan balikkan perlahan-lahan ke dalam adunan mentega sebelum dibakar.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: