Awas Bahan Berbahaya Pada Kosmetik

Poisonous Ingredients In Cosmetics

“Banyaknya produk! Mana satu nak pilih ni?” Pasti itu yang terlintas dalam fikiran anda apabila mengunjungi pasar raya, butik kecantikan, farmasi dan kedai jamu. Sememangnya terdapat lambakan produk penjagaan diri di pasaran sehingga pengguna sukar untuk membuat pilihan. Walau bagaimanapun, anda haruslah bijak membuat keputusan bukan sekadar mengikut bungkusan yang menarik atau bajet anda sahaja. Anda juga perlu mengambil tahu kandungan dalam produk kosmetik anda.

Segala bentuk produk yang anda gunakan pada anggota badan, itulah dia kosmetik. Tahukah anda, ada pengilang kosmetik yang tidak bertanggungjawab memasukkan bahan berbahaya ke dalam produk mereka? Bahan-bahan ini boleh merosakkan kulit anda dalam jangka masa yang pendek dan ada juga bahan-bahan yang tidak berbahaya tetapi meragukan kerana boleh memberi kesan setelah penggunaan yang lama sehingga menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Mungkin ia tidak menyebabkan kematian, tetapi apalah gunanya cantik jika ia telah mengganggu proses semula jadi tubuh anda.

 

Senarai Bahan Berbahaya Dalam Produk Kosmetik

Berikut adalah bahan-bahan terlarang dan meragukan dalam produk kosmetik yang mesti anda elakkan.

Butylated hydroxyanisole (BHA)

BHA merupakan pengawet yang boleh ditemui dalam produk penjagaan bibir, rambut, produk solekan, pelindung matahari, deodoran, minyak wangi dan krim. Ia boleh menyebabkan gangguan endokrin, menyebabkan toksik pada sistem badan, kanser, dan rengsa kulit.

Boric acid dan Sodium borate

Bahan kimia ini berfungsi untuk mengimbangi pH, menstabilkan emulsi, dan mengawal kelikatan produk kecantikan. Ia tidak sesuai digunakan pada kulit yang rosak dan kulit kanak-kanak.

Formaldehyde

Formaldehyde juga merupakan bahan pengawet yang terkandung di dalam pengilat kuku, pengeras kuku, gam bulu mata, gel rambut, sabun, produk solekan, syampu, losyen, dan deodoran. Ia boleh menyebabkan kanser pada pengguna.

Pembebas Formaldehyde – Bronopol, DMDM hydantoin, Diazolidinyl urea, Imidzaolidinyl urea and Quaternium-15

Sekiranya pengilang tidak meletakkan formaldehyde, mereka mungkin meletakkan bahan-bahan ini yang mengeluarkan formaldehyde secara perlahan untuk membunuh bakteria di dalam produk kosmetik. Ia boleh menyebabkan alahan pada kulit si pemakai.

Fragrance

Fragrance merupakan gabungan bahan kimia yang memberikan setiap minyak wangi atau cologne (termasuk produk kosmetik lain) bau yang tersendiri. Oleh sebab anda tidak mengetahui setiap bahan kimia tersebut, ianya perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan gangguan hormon serta alahan.

Hydroquinone

Ini bahan yang menjanjikan kulit anda putih dalam beberapa hari. Anda bukan sahaja akan mendapatkan kulit yang lebih putih, tetapi juga masalah kulit nipis dan sensitif! Penggunaan krim pencerah muka yang mengandungi hydroquinone akan menyebabkan kulit anda menjadi lebih nipis dan sensitif.

Methylisothiazolinone, methylchloroisothiazolinone and benzisothiazolinone

Ketiga-tiga pengawet ini biasanya dimasukkan sekaligus dalam produk yang perlu dibilas atau rinse-off seperti syampu, perapi, pewarna rambut, pencuci badan, pencuci pakaian, sabun pencuci tangan, dan buih mandian. Ia boleh menyebabkan radang kulit.

Resorcinol

Bahan ini digunakan dalam produk pewarna dan pelunturan rambut serta krim jerawat. Ia boleh mengakibatkan alahan dan rengsa kulit.

Triclosan & Triclocarban

Sebagai bahan anti-bakteria, triclosan dan triclocarban dimasukkan ke dalam sabun anti-bakteria dan bahan pencuci, ubat gigi dan produk pemutihan gigi, deodoran, krim cukur, dan produk solekan. Penggunaanya boleh menyebabkan masalah seperti gangguan endokrin dan kemunculan bakteria baru yang tahan antibodi serta produk-produk ini.

Vitamin A compounds (retinyl palmitate, retinyl acetate, retinol)

Vitamin A adalah nutrien penting tetapi tidak semestinya selamat untuk digunakan pada kulit. Kajian menunjukkan bahawa bahan-bahan yang digunakan secara meluas dalam pelindung matahari, losyen kulit, produk bibir dan solekan ini boleh meningkatkan sensitiviti kulit apabila terdedah kepada matahari.

 

Semak Semula Kandungan Produk Kosmetik Anda

Dengan risiko-risiko yang telah disenaraikan di atas, sudah pasti anda menjadi bimbang bukan? Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah mengumpulkan semua produk kosmetik di rumah anda dan memeriksa isi kandungan mereka. Pastikan produk-produk tersebut selamat supaya anda boleh terus menggunakannya atau menggantikannya dengan yang lain. Selepas ini, luangkanlah sedikit masa untuk membaca isi kandungan produk kosmetik sebelum anda membelinya. Jadilah pengguna yang bijak, ya!

Leen

Bekas jurukecantikan yang aktif menulis.

More Posts

Loading...

Tags: #bahan kimia berbahaya pada kosmetik #Bahan Terlarang dalam Kosmetik

Biodata Datin Ira Ghani, Pengasas Aura Seri
Biodata Datin Ira Ghani Nama Sebenar: Datin Nor Zaina Abd Ghani Nama Komersil: Datin
Adakah Warna Mempengaruhi Mood Seseorang?
Betulkah warna boleh mempengaruhi mood manusia? Jawapannya betul, kajian mendapati warna bukan sahaja
Biodata Datin Maziah Mohamed, Pengasas Almas Beauty & Health
Biodata Datin Maziah Mohamed | Penghulu Segala Produk! Itulah tagline produk kesihatan dan
Memilih Posisi Tidur Yang Betul Untuk Kesihatan & Kecantikan
Tahukah anda, posisi tidur memainkan peranan yang penting dalam kesihatan dan kecantikan kita?

Leave a reply "Awas Bahan Berbahaya Pada Kosmetik"