Ayat Pickup Line Melayu Terlajak Manis Kiriman Pembaca

Pickup Line CCTV Emma Maembong

Sebahagian Ayat Pickup Line Melayu ini adalah kiriman pembaca dan kami kumpulkan untuk tatapan anda semua. Untuk yang sedang dilamun cinta atau baru nak mengayat tu, boleh cuba ayat pickup line ni. Amacam power tak pickup line dia?

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #1

Lelaki: Awak nak tau tak kenapa saya hati kering
Perempuan: Kenapa?
Lelaki: Sebab saya nak awak taburkan cinta awak kat hati saya

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #2

Lelaki: Saya nak minta satu benda dengan awak
Perempuan: Minta apa?
Lelaki: Minta-minta ini jodoh kita

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #3

Lelaki: Apa beza awak dengan sekolah?
Perempuan: Tak tau.. apa dia?
Lelaki: Sekolah kerajaan punya.. Awak saya punya

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #4

Lelaki: Apa beza awak dengan burung?
Perempuan: Tak tahu.. Apa dia?
Lelaki: Burung terbang di langit, awak terbang di hati saya

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #5

Lelaki: Dalam banyak-banyak bangunan, awak nak bina bangunan apa?
Perempuan: Tak tau la
Lelaki: Kalau saya nak bina masjid
Perempuan: Kenapa?
Lelaki: Sebab saya nak bina masjid untuk kita

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #6

Lelaki: Aduhh..
Perempuan: Kenapa?
Lelaki: Penat..
Perempuan: Sebab?
Lelaki: Sebab kejar hati awak

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #7

Lelaki: Apa hukum nun mati bertemu dengan ta?
Perempuan: Ikhfa hakiki
Lelaki: Ooh, kalau saya bertemu dengan awak, cinta hakiki lah ni..

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #8

Lelaki: Awak, saya nak jam
Perempuan: Jam apa?
Lelaki: Jambatan ke hati awak lah

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #9

Lelaki: Awak tau apa beza awak dengan bulan?
Perempuan: Apa dia?
Lelaki: Kalau bulan bercahaya kat bumi, awak pula bercahaya kat hati saya

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #10

Lelaki: Orang Terengganu sebut ayam apa ek?
Perempuan : Ayang?
Lelaki : Ye saya. huhu..

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #11

Lelaki: Apa beza cicak dengan you?
Perempuan: Why you nak bndingkan I dengan cicak pula ni..
Lelaki: Cicak melekat kat dinding.. tapi you melekat kat hati I.. Cia³

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #12

Lelaki: Nama awak Nika kan?
Perempuan: Ya kenapa
Lelaki: Bolehlah saya nikah dengan awak

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #13

Lelaki: Apa beza awak dengan matahari?
Perempuan: Tak tahu
Lelaki: Matahari menerangi bumi. Awak menerangi hati saya

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #14

Lelaki: Awak kat mana tu?
Perempuan: Saya kat rumah lah
Lelaki: Betul ke kat rumah?
Perempuan: A’ah memang saya kat rumah
Lelaki: Dah tu siapa yang dok main-main dalam otak saya ni..

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #15

Lelaki: Apa beza awak dengan ketupat?
Perempuan: Tak tahu
Lelaki: Ketupat orang cari masa hari raya je.. Awak saya cari hari-hari..

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #16

Lelaki: Awak tahu tak kenapa buah kiwi masam?
Perempuan: Entah, tak tahu
Lelaki: Sebab semua kemanisan dia ada kat awak

AYAT PICKUP LINE MELAYU [LELAKI] #17

Lelaki: [tenung gadis cantik di sebelah]
Perempuan: Eh awak ni kenapa? Asyik tenung saya je..
Lelaki: Eh! mana ada. Saya tengah tengok bakal isteri saya la.
Perempuan: [terpegun]

AYAT PICKUP LINE MELAYU [PEREMPUAN] #1

Perempuan: Awak, awak nak tahu tak apa beza saya dan toyol?
Lelaki: Apa beza dia?
Perempuan: Toyol curi duit awak, saya curi hati awak

AYAT PICKUP LINE MELAYU [PEREMPUAN] #2

Perempuan: Awak saya sakitlah..
Lelaki: Awak sakit apa?
Perempuan: Sakit mencintai awak secara diam-diam

AYAT PICKUP LINE ISLAMIK #1

AKHI: Anta tau tak kenapa adanya malam dan siang?
UKHTI: Kenapa?
AKHI: Sebab Allah dah ciptakan semua benda berpasangan. Seperti adanya langit dan bumi, matahari dan bulan, dosa dan pahala, syurga dan neraka, dan yang paling penting, ANTA DAN ANA.

AYAT PICKUP LINE ISLAMIK #2

Lelaki: Awak, awak ada simpan no phone Tok tak?
Perempuan: Tok mana pulak ni awak, bukan tok saya dah meninggal ke?
Lelaki: Alah, no phone Tok Kadi lah awak..

#ciaciacia
#chiachiachia
#ustadcia

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Tutorial Cara Pakai Kain Pelikat
Cara Memakai Kain Pelikat Yang Betul Nampak macam senang dan simple je pakai
PickUp Line Versi Doktor Cinta Yang Boleh Anda Cuba Pada Pasangan
Selepas pelbagai versi pickup line sebelum ini, kali ini kita lihat pickupline versi
Video Koleksi Terbaik Ayat Pickup Line Melayu Yang Sweet Dan Lawak
Bagi yang sedang layan jiwang, jom kita tonton 3 video koleksi ayat pickup
12 Gambar Comel dan Lucu Kucing Tidur
Kucing sememangnya adalah haiwan peliharaan yang comel. Pelbagai aksi comel kucing boleh dirakam

Leave a reply "Ayat Pickup Line Melayu Terlajak Manis Kiriman Pembaca"