Langgan newsletter kami!
Beauty Girl In Hijab

Azam Kecantikan Tahun Baru

Kita sudah berada di penghujung tahun, adakah anda berpuas hati dengan prestasi diri anda pada tahun ini? Bagi seorang wanita, memang menjadi fitrahnya untuk ingin dilihat cantik dan dipuji orang tersayang.

Pernahkah anda lakukan azam tahun baru untuk kecantikan? Ya, kecantikan memerlukan azam tahun baru juga!

Tuhan telah menjadikan setiap seorang daripada kita dengan sempurna mengikut kehendak-Nya dan kita perlulah mensyukuri nikmat yang dipinjamkan ini dengan memeliharanya sebaik mungkin. Mari saya tunjukkan beberapa tips kecantikan wanita yang boleh anda masukkan ke dalam senarai azam tahun baru anda.

 

Kecantikan untuk badan – Minum lebih banyak air

Tidak dapat dinafikan betapa pentingnya anda menggantikan air dalam badan yang telah berkurangan melalui perpeluhan dan pembuangan air kecil. Air dalam badan yang tidak diganti boleh membuatkan anda jatuh sakit.

Bagi anda yang kurang berpeluh atau tidak kerap membuang air kecil, anda perlu minum air seperti green tea yang dapat mempercepat metabolisme dan proses perkumuhan anda.

Jangan risau tentang  berapa gelas air anda perlu minum, hanya jadikan ianya rutin untuk minum dengan banyak selepas anda bangun tidur, selepas anda mandi dan selepas anda beraktiviti. Mudah, bukan?

 

Kecantikan untuk kulit – Guna losyen perlindungan kulit setiap hari

Klise, tetapi mencegah itu memang lebih baik daripada merawat. Jadi lindungilah kulit anda sebelum terjadinya masalah seperti  warna kulit tidak sekata, tompokan jeragat dan kulit berkedut berpunca daripada sinaran cahaya matahari.

Gunakan pelembap berasaskan air yang mengandungi SPF atau jika anda suka produk yang lebih natural, gunakan pelembap yang mengandungi minyak semula jadi kerana minyak semula jadi mempunyai antioksidan yang sangat bagus untuk mengelakkan masalah kulit yang disebutkan tadi.

 

Kecantikan untuk rambut – Rawat sekerap yang boleh

Kecantikan rambut memang mempengaruhi rupa seseorang, meskipun wanita yang bertudung. Jadi cuba anda rajinkan diri untuk merawat rambut sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Mudah saja, anda hanya perlu mengurut kepala dengan produk yang sesuai dan biarkan sekejap untuk meresap kemudian cuci dan bilas. Yang tersayang pasti akan memuji rambut anda yang rapi itu.

 

Tingkatkan keyakinan diri

Cukuplah tiga perkara ini dahulu anda jadikan amalan pada tahun baru nanti, anda pasti akan berasa lebih yakin dengan diri sendiri. Jangan malas untuk cantik, ya!

Sumber Gambar: http://afidasukma.blogspot.my

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: