Bacaan Doa Untuk Perhimpunan

Gambar Muslim Sedang Berdoa

Berikut adalah contoh bacaan doa yang boleh digunakan sewaktu perhimpunan. Ia sesuai digunakan untuk majlis yang dihadiri ramai orang termasuklah perhimpunan sekolah, asrama, kolej, universiti dan juga jabatan, kementerian serta agensi kerajaan.

Bacaan Doa Perhimpunan (Versi 1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

 

Ya Allah Ya tuhan kami
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit mahupun nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang Engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

 

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا . اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ


رَبَّنَا  أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً
وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر
سُبحَانَ رَبِّكَ  رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ
وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ

Bacaan Doa Perhimpunan (Versi 2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

 
Ya Allah Ya tuhan kami.
Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu. Bersempena dengan perhimpunan ini kami memohon inayah dan taufik-Mu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.

 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Kami memohon dengan kudrat-Mu dan iradat-Mu. Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

 

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram.
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan. Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.

 

Ya Allah ya tuhan kami
Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat-Mu. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا . اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ


رَبَّنَا  أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً
وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Semoga bermanfaat buat semua.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Maksud Kata Percakapan Ringkas Dalam Bahasa Arab
Bismillah, berikut ini adalah istilah-istilah singkat yang biasa digunakan oleh para penuntut ilmu
Maksud Perkataan Akhi, Ukhti, Ikhwan dan Akhwat
Pernahkah anda terdengar atau terbaca perkataan seperti Ikhwan, Akhwat, Ukhti, Akhi dalam percakapan
Panduan Lengkap Solat Tahajjud
Apa Itu Solat Tahajjud Solat sunat tahajud atau sembahyang tahajud dikenali sebagai solat
2 Doa Yang Paling Kerap Dibaca Oleh Nabi Muhammad SAW
Doa adalah satu ibadah menzahirkan keberhajatan seseorang hamba kepada Allah SWT. Ia juga
  1. author

    Nabil4 months ago

    Salam ..
    Boleh rumi kan yg bahasa Arab tu tak

    Reply

Leave a reply "Bacaan Doa Untuk Perhimpunan"