Berhati-hati di Usia 35 Hingga 40 Tahun

Prairie Wallpaper 1

Umur 35 tahun hingga 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 35 tahun hingga 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak akan tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.

Usia 35 tahun hingga 40 tahun ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaf ayat 15” ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta-hartanya, anak-anak dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar kuliah agama, ibadat di masjid, mengerjakan umrah, haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban sudah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat handai, sedara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita

“Ehh, tak sangka.. muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..”

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri. Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali meringkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama. Rasulullah SAW, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”.
(HR. Ibnu Majah: 4236)

Kalau sekarang kita rasa 35 tahun hingga 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN.

Ingat, ketika itu tidak ada yang berguna kecuali amal baik kita.

Oleh kerana itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkannya?

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”.
[Al-Hasyr:18]

Mari kita dekatkan diri dengan Allah, rajinkanlah solat berjamaah, tunaikan zakat, haji, umrah, puasa dan sebagainya. Tunaikan yang wajib dahulu, dan tinggalkan laranganNya.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #tazkirah

Maksud Bacaan Tasbih, Tahmid, Takbir, Tahlil dan Istighfar
Dari Abu Hurairah RA, dari Rasulullah SAW, sabdanya: “Siapa yang tasbih tiga puluh
Arak dan Alkohol Dari Perspektif Hukum Islam
Perbezaan Arak dan Alkohol Tidak dinafikan bahawa alkohol atau lebih tepatnya, etanol adalah
Hibah: Harta Bercagar Atau Satu Perogolan Ilmu?
Ini dakwaan sesetengah pihak. Menurut pihak ini hanya harta yang bebas dari cagaran
Niat Solat 5 Waktu dan Solat Jumaat
Setiap solat atau sembahyang yang hendak dilakukan perlu dimulakan dengan niat tak kira

Leave a reply "Berhati-hati di Usia 35 Hingga 40 Tahun"