Langgan newsletter kami!
Gambar Adiba Yunus

Biodata Adiba Yunus, Pelakon Yang Kini Tampil Bertudung

Adiba Yunus atau nama penuhnya Siti Adibah binti Yunus adalah seorang pelakon yang pernah membintangi filem Nasi Tangas. Beliau yang sudah bertudung sejak 5 Oktober 2017 yang lalu telah membulatkan tekad untuk berhijab sepenuhnya kerana takut jika tidak sempat berbuat demikian di samping mengakui faktor umur yang semakin meningkat juga telah mematangkan beliau untuk lebih mendalami agama.

“Rasanya Malaysia dah semakin terbuka dalam mendalami agama Islam, dah banyak pendedahan dan Alhamdullilah, saya salah seorang muslimah yang diberi hidayah”

Tahun 2017 juga menjadi detik penting dalam hidup Adiba Yunus kerana telah disatukan sebagai pasangan suami isteri dengan jejaka pilihan hati iaitu pelakon Hazwan As’ari atau lebih dikenali sebagai adik kepada pelakon Johan As’ari. Tahniah diucapkan. Semoga kekal hingga ke jannah.

Biodata Adiba Yunus

  • Nama Penuh: Siti Adibah binti Yunus
  • Nama Popular: Adiba Yunus
  • Tarikh Lahir: 5 Oktober 1988
  • Umur: 30 tahun (2018)
  • Asal: Seremban, Negeri Sembilan
  • Pendidikan:
    – Limkokwing University of Creative Technology
    – SMK Tunku Ampuan Durah
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Hazwan As’ari
  • Kerjaya: Pelakon, Peragawati dan Model
  • Drama/Telefilem/Filem:
    – Impian Raya Emelyn (2011) – telefilem
    – Taikun (2012) – filem
    – Ajiboy (2012) – filem
    – Pada Suatu Cinta Dahulu (2013) – filem
    – Wawa Semput (2013) – filem
    – Dua Kalimah (2013) – filem
    – Paku Pontianak (2013) – filem
    – Highland Tower (2013)
    – Sniper (2014) – filem
    – Dendam Semalam (2015) – drama
    – Si Montel (2015) – drama
    – Badi (2015) – filem
    – Nasi Tangas (2015) – filem
    – Banglo Berkunci (2015) – filem
    – Bodyguard (2016) – drama
    – Demi Hati Arjuna (2018) – drama
  • Instagram: @adibayunus
  • Facebook: https://www.facebook.com/adibahyunus
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Adibah_Yunus

Fakta Menarik Tentang Adiba Yunus

  • Mula bekerja sebagai perunding kecantikan dan seterusnya menjadi model dan peragawati.
  • Bakat lakonan beliau dicungkil oleh syarikat Metrowealth Pictures milik David Teo dan merupakan antara bakat baru yang diperkenalkan bersama-sama dengan Wawa Zainal dan Shima Anuar.
  • Pertama kali muncul dalam telefilem Impian Raya Emelyn di TV9.
  • Kemunculan pertama filem pula adalah pada tahun 2012 menerusi filem aksi komedi berjudul Taikun yang dibintangi oleh Angah Raja Lawak dan Along Cham.
  • Berkahwin dengan pelakon Hazwan As’ari yang juga adik kepada pelakon Johan As’ari pada 24 November 2017, jam 5.30 petang di Jempol, Negeri Sembilan.
  • Membuat keputusan untuk bertudung pada 5 Oktober 2017, sempena ulang tahun kelahirannya ke-29.

Comel Adiba Yunus Bertudung

Foto Perkahwinan Adiba Yunus Dan Suami

Gambar Adiba Yunus

Poster Filem Badi (Adiba Yunus)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Norasiah Bt Samsudin

    Assalamualaikum..drama petua nenek tengah on air, tapi x bertudung pun.5.10.17 bertudung, 2018/2019???? Take istiqomah laa.minta pencerahan plzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: