Biodata Aiman Hakim, Dari Sukan Bola Sepak Ke Industri Hiburan

Foto Lelaki Handsome Aiman Hakim Ridza Model Garnier For Men

Biodata Aiman Hakim. Sebelum menjadi pelakon dan penyanyi, Aiman Hakim adalah seorang ahli sukan bola sepak. Beliau pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili pasukan Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 iaitu ketika berusia 12 tahun. Beliau seterusnya mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo dan banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun yang disertainya.

Namun begitu, rezeki Aiman Hakim dalam bidang sukan tidak lama. Beliau mengambil bahagian dalam pertandingan bakat Mentor 5 TV3 pada 2011 dan semenjak itu bakatnya mula menyerlah. Walaupun tidak memenangi pertandingan Mentor dan hanya bertahan hingga ke pusingan keempat, namun bintang Aiman Hakim dalam bidang seni terus menyinar. Beliau seterusnya ditawarkan berlakon dalam pelbagai drama dan telefilem.

 

Biodata Aiman Hakim

  • Nama Penuh : Aiman Hakim bin Ridza Abdoh
  • Nama Popular: Aiman Hakim
  • Nama Panggilan: Aiman
  • Tarikh lahir: 17 Januari 1989
  • Umur: 27 Tahun (2016)
  • Asal: Johor Bahru, Johor Darul Takzim
  • Tempat Tinggal Sekarang: Kuala Lumpur
  • Tinggi: 6 kaki 1 inci (1.85m)
  • Keluarga: Anak ketiga daripada empat adik-beradik
  • Keturunan: Berdarah campuran Melayu-Arab, bapanya adalah Melayu dan ibu adalah Arab
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Pendidikan:
    – Sekolah Rendah SS17 Subang Jaya, Selangor
    – Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, Selangor
    – Kolej Sunway (bidang perakaunan untuk menyertai Association of Chartered Certified Accountants (ACCA))
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Model
  • Gosip Cinta: Nur Fathia Latiff (2014-2015)

 

Kerjaya Seni Aiman Hakim

  • Drama
    2011: Kitab Cinta
    2011: Tanah Kubur (Musim 2)
    2011: Vanila Coklat
    2012: Friday I’m In Love
    2012: Indera Joned
    2012: Mahabbah
    2013: Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
    2013: Autumn Di Hatiku
    2013: Diandra
    2013: Cinta Berkalung Duri 2
    2013: Antara Laut Cina Selatan
    2013: Projek Memikat Suami
    2014: 7 Suami
    2014: Selamat Pengantin Madu
    2014: Tabir Zulaikha
    2015: Isteri Separuh Masa
    2015: Sesal Separuh Nyawa
    2016: Demi Cinta Ain
    2016: Encik Guard dan Cik Tomboy
  • Telemovie
    2012: Setahun Setengah Mencari Cinta
    2012: Ombak Rania
    2012: Rahsia Hati
    2012: Vanila Coklat Raya
    2012: Syawal Aidil & Fitri
    2012: Mariam Kampung Putat
    2013: Memburu Rindu
    2013: Cinta Di Menara Al-Burj
    2013: Korban Kasih
    2013: Cinta Saadiyat
    2013: Raya Pak Pak Pong
    2013: Bunga-bunga Jodoh
    2014: Hitam
    2014: Halim HD
    2015: Girlfriend Aku Dari Neraka
    2015: Lukisan Takdir
    2015: Mahar Tanpa Cinta
    2015: Sujud Ibuku
    2015: Isteri Separuh Masa Raya
    2016: Crush Next Door
    2016: Bidadari
    2016: Salam Cinta Ustazah Husna
  • Lagu/Single:
    – Isyarat Hati (Single ) ciptaan Adi 6ixth Sense
    – Buatmu Cinta (Single) OST Drama Projek Memikat Suami
    – Khalimah Janji (Single) ft Ernie Zakri
  • Iklan TV: Brylcreem, Celcom, Milo Fuze dan McDonalds

Foto Lelaki Handsome Aiman Hakim Ridza Model Garnier For Men

Gaya Selebriti Aiman Hakim Di Red Carpet

Stail Fesyen Aiman Hakim Ridza

Gambar Aiman Hakim Dan Fasha Sandha

Gaya Lelaki Aiman Hakim

Gaya Pemain Bola Aiman Hakim Ridza


Carian Berkaitan

lagu encik guard dan cik tomboy

Artikel Berkaitan

Tags: #Aiman Hakim Biodata #Aiman Hakim Profile

Biodata Penyanyi Black
Penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah memulakan kerjaya nyanyian selepas memenangi
Biodata Tajul Adik Achik Spin
Biodata Tajul Adik Achik Spin. Pertama kali dengar suaranya memang saling tak tumpah
Biodata Haqiem Rusli, Penyanyi Lagu Segalanya
Sejak berkumandang lagu berjudul “Segalanya”, ramai yang tertanya-tanya siapakah penyanyi lagu ini? Beliau
Biodata Kecik Vokalis Baru Hyper Act
“Sebenarnya saya dan vokalis lama (Ronnie Hussein) ada kelainan yang mana saya ada

Leave a reply "Biodata Aiman Hakim, Dari Sukan Bola Sepak Ke Industri Hiburan"