Langgan newsletter kami!
Aina Abdul Penyanyi Lagu Sumpah

Biodata Aina Abdul, Penyanyi & Pelakon Baru Meningkat Naik

Siapakah Aina Abdul? Aina atau juga dikenali sebagai Aina Abdul adalah seorang penyanyi dan pelakon wanita di Malaysia. Nama beliau menjadi perhatian netizen sejak tercalon dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 2019 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular. Walaupun tidak memenangi anugerah tersebut, Aina berharap ia akan menjadi titik tolak untuknya mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Berasal dari Negeri Sembilan, gadis bertudung ini pernah mengeluarkan single pada tahun 2015 yang berjudul Ini Yang Kau Mahu. Beliau juga memahat nama dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri adaptasi novel berjudul Seindah Takdir Cinta. Selain itu, Aina juga pernah menyertai pertandingan nyanyian Mentor Legend 2014. Untuk rekod, Aina bergelar naib juara program Mentor Legend bawah penyanyi terkenal Ella.

Dalam temuramah bersama media hiburan baru-baru ini, Aina mengaku sedikit tertekan apabila melihat rakan-rakan lain yang sudah berjaya dalam bidang nyanyian. Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyerlahkan dirinya namun tetap tidak menjadi. Walau bagaimanapun, waktu kebelakangan ini banyak mengajar Aina untuk positif dan beliau nampaknya sudah kembali yakin sejak single Bahasa Inggerisnya, Shadow kian mengembalikan perhatian peminat. Ramai mengakui single itu sememangnya mampu berdiri sama tinggi dengan lagu-lagu antarabangsa yang lain.

Terbaru, Aina kini tampil dengan single “Sumpah”. Beliau cuba memperkuat kredibiliti lagu dengan sebuah muzik video yang memperlihatkan dirinya bergandingan dengan aktor dan pengacara kacak, Qi Razali. Dalam muzik video tersebut, Aina juga banyak menyelitkan elemen kemurungan serta perihal penyakit Skizofrenia demi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang permasalahan ini yang sebenarnya banyak meracuni masyarakat pada hari ini.

Biodata Aina Abdul

  • Nama Penuh: Nurul Aina Abdul Ghani
  • Nama Komersial: Aina / Aina Abdul / Aina Mentor
  • Umur: 26 tahun (2019)
  • Asal: Negeri Sembilan
  • Jantina: Perempuan
  • Pendidikan:
    – Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri
    – Universiti UCSI, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi, Penulis Lagu dan Pelakon
  • Lagu / Single: Ini Yang Kau Mahu (2015), Ribut Hati (Tombiruo Official Soundtrack, 2017), Reminiscing(2017), Shadow (2018), Sumpah (2019)
  • Pencapaian:
    – Naib juara Mentor Legend (2014)
    – Juara Grand Senior Vocalist Champion of The World Category di World Championships of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood (2014)
    – Juara Golden Voice of MBPJ (2012)
    – Tempat Ke-2 Bintang Idola Berita Harian (2011)
    – Finalis Irama 1 Malaysia RTM (2010)
  • Instagram: @ainaabdul
  • Facebook: @ainaabdul.music

Aina Abdul BertudungAina Abdul Tombiruo

Imej Berhijab Aina Abdul

Makeup Cantik Aina Abdul

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: