Langgan newsletter kami!
Aisyah Aziz Berkaca Mata Hitam

Biodata Aisyah Aziz, Artis Singapura Adik Kepada Aliff Aziz

Jika diamati betul-betul, wajah Aisyah Aziz mempunyai iras penyanyi Aliff Aziz. Ya, sememangnya mereka adalah adik-beradik. Penyanyi muda dari Singapura ini mempunyai bakat nyanyian sama seperti abangnya.

Menyanyikan lagu bergenre pop sesuai dengan jiwa remaja, Aisyah Aziz sudah hampir 5 tahun dalam industri hiburan. Meskipun agak kurang dikenali di Malaysia berbanding abangnya, Aisyah Aziz pernah menyertai Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013 dan mendapat tempat keenam.

Lagu debut beliau yang berjudul “Mimpi” dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Faizal Tahir telah melonjakkannya namanya di persada seni.

“I just love music and performing! Sejak di bangku sekolah rendah lagi, hanya muka saya saja yang tidak pernah penat membuat persembahan. Bukan sahaja rakan-rakan, malah guru-guru di sekolah pun sedar akan perkara ini. Saya berjaya mengharungi cabaran sampai di tempat keenam. Namun, ia tidak pernah menyekat mahupun menghalang saya untuk bergiat dalam dunia seni suara. Saya punya minat yang mendalam dan mula menyanyi sejak usia sembilan lagi. Kala mendengar lagu berkumandang di corong radio, saya cepat menangkap terus menghafal melodi atau seni katanya sekali. Bermula daripada ayah dengan ritma rock kapak, pendedahan terarah kepada lagu Melayu seperti dendangan kumpulan Spring dan sebagainya. Namun, ia berubah daripada masa ke semasa”

Biodata Aisyah Aziz

  • Nama Penuh: Nur Aishah Binti Aziz
  • Nama Komersial: Aisyah Aziz
  • Asal: Singapura
  • Menetap: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Umur: 23 tahun (2017)
  • Keluarga: 3 beradik. Mempunyai adik-beradik kembar iaitu Nur Ain Aziz. Juga merupakan adik kepada Aliff Aziz
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Singapura
  • Pendidikan:
    – Sekolah Rendah Princess Elizabeth
    – Sekolah Menengah Zhenghua
    – Memiliki diploma dalam jurusan Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan
  • Kerjaya: Penyanyi
  • Genre: Pop, Balada
  • Lagu/Single: Mimpi, Pilihan Sejati, Bila Entah
  • Pencapaian:
    – Tempat ke-6 Akademi Fantasia Musim 10 (2013)
    – Memenangi Best Collaboration (Song) dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2014
    – Pencalonan dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2015
  • Instagram: @aisyaah_aziz
  • Twitter: @aisyaah_aziz
  • Facebook: @TeamAisyahAziz
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Aisyah_Aziz

Perkara Menarik Tentang Aisyah Aziz

  • Mempunyai adik-beradik kembar seiras bernama Ain Aziz.
  • Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth dan Sekolah Menengah Zhenghua di Singapura bersama-sama abangnya Aliff Aziz.
  • Ketika kecil, Aisyah Aziz lebih pandai menyanyi berbanding abangnya Aliff Aziz dan pernah menjuarai peraduan adu bakat, Teen Star @ South West.
  • Pernah menjadi juara pertandingan nyanyian di sekolah sehingga mendapat gelaran Zhenghua Idol.
  • Ibunya adalah pramugari.
  • Meminati penyanyi Raisa dan Afgan dari Indonesia dan Spring dari Malaysia.

Aisyah Aziz Berhijab

Aisyah Aziz Berkaca Mata Hitam

Aisyah Aziz Bertudung

Aisyah Aziz Cantik Bertudung

Ini Dia Aisyah Aziz Adik Kepada Aliff Aziz

Wajah Aisyah Aziz Tanpa Makeup

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: