Langgan newsletter kami!
Poster Alif Satar

Biodata Alif Satar, Penyanyi Versatil Popular

Alif Satar atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar menguak pintu industri seni hiburan tempatan apabila meraih tempat ketiga dalam program nyanyian One In A Million (OIAM) musim pertama ketika berusia 16 tahun.

Selain aktif menyanyi dan berlakon, jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini berbakat besar dalam dunia pengacaraan di mana beliau diberikan kepercayaan untuk mengendalikan beberapa acara berskala besar seperti Anugerah Skrin (ASK) 2016 dan My Kids Awards 2011.

Jom kita berkenalan dengan hero drama bersiri popular terbitan Astro, Dia Semanis Honey yang versatil ini.

Biodata Alif Satar

  • Nama Penuh: Muhammad Alif Mohd Satar
  • Nama Komersil: Alif Satar
  • Tarikh lahir: 19 September 1990
  • Umur: 27 Tahun (2017)
  • Zodiak: Virgo
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak sulung dari empat adik-beradik
  • Kerjaya: Penyanyi, Pelakon dan Pengacara
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Shadila Halid
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kelab Peminat: Alif Satar Official FC (ASOFC)
  • Lagu: Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Selamanya Cinta (duet bersama Shila Amzah), Abdul, Lagi Lagi Cinta, kerna Dia, Akhiri penantianku, Gadis Tiga Bulan dan banyak lagi
  • Drama/Telemovie: Red Velvet, Pengantin Musim Salju, Dia Semanis Honey, Tundukkan Playboy Itu, Lari Sayang Lari, Suria Di Cordoba, Husin Peninglah, Red Velvet
  • Filem: Alif Dalam Tujuh Dimensi dan Usin UFO
  • Hos TV: Rockanova, Akademi Fantasia 2016, Clever Girl, Suka Lettew, Meletop Kebabom, Idola Kecil, Remaja, Kenangan Mengusik Jiwa, Nak Ke Mana Kita?, Bas Pintar dan Anugerah Skrin (ASK) 2016.
  • Facebook: facebook.com/pg/alifsatarmy
  • Twitter: twitter.com/alifsatar_id
  • Instagram: instagram.com/alifsatar

Trivia Menarik Alif Satar

  • Program Remaja terbitan TV3 merupakan program pertama yang dikendalikan oleh Alif ketika berusia 17 tahun (2007).
  • Pernah berlakon teater menerusi Teater Peter Pan The Musical ketika West End of London hadir ke Genting Highland pada usia 14 tahun. Di sinilah, Alif belajar tentang menyanyi, menari dan berlakon.
  • Menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati bernama Shadila Halid pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
  • Jika tidak menceburi bidang hiburan, Alif Satar bercita-cita ingin menjadi juruterbang (pilot).
  • Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham Datuk Sudiman Arshad dan Michael Jackson merupakan idola Alif Satar sejak kecil lagi.
  • Pernah menghasilkan sebuah novel berjudul Bagai Sejuta berkolaborasi bersama Meor Shariman Meor Shafie.
  • Memiliki beberapa buah motosikal seperti BMW S1000RR yang dibeli pada 2012, Ducati S4R dan Vespa LX150.
  • Berenang dan wall climbing merupakan aktiviti kegemarannya jika ada masa terluang.
  • Menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2015 berjudul Sehati Sejiwa.
  • Mempunyai 1 Juta pengikut di Instagram miliknya.

Selfie Mesra Alif Satar Dan Isteri

Adegan Romantik Alif Satar Dan Isteri

Alif Satar Berkaca Mata Hitam

Alif Satar Bersama Siti Nordiana

Alif Satar Dengan Posing Macho

Alif Satar Jejaka Kacak

Foto Aliff Satar Dan Isteri Mengerjakan Umrah Di Tanah Suci Mekah

Foto Romantis Alif Satar Dan Isteri

Gambar Alif Satar Dan Anak Perempuannya

Gambar Alif Satar Dan Isteri

Gambar Aliff Satar Bersama Isteri Dan Anak Anaknya

Gaya Rambut Alif Satar

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. Pendidikan formal tak da ke nak tunjuk? Muda lg jgn terus2 hanyut dgn dunia glamor. Buat la separuh masa dgn OUM pun boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: