Langgan newsletter kami!
Aliff Aziz

Biodata Aliff Aziz, Hero Meh Sandar Pada Aku

“Sayang sayang sayang, kamu dah berpunya, tertutup sudah bagiku kesempatan”

Itulah bait-bait lagu Sayang Sayang dendangan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang mengangkat namanya di arena seni hiburan satu ketika dahulu.

Selain menyanyi, figura tinggi lampai ini turut berbakat besar dalam dunia lakonan. Terbaharu, drama lakonannya iaitu Meh Sandar Pada Aku bergandingan bersama pelakon cantik manis, Mira Filzah yang telah ditayangkan mulai 26 Februari 2017 lalu menerusi slot Dahlia di TV3 semakin mendapat tempat di hati penonton drama tempatan.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda tentang biodata dan trivia menarik abang kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF) 2013, Aisyah Aziz ini.

Biodata Aliff Aziz

  • Nama Penuh: Muhamad Aliff Aziz
  • Nama Komersil: Aliff Aziz
  • Tarikh Lahir: 16 Februari 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Keluarga: Anak sulung daripada tiga adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu (Mempunyai darah campuran Melayu- Arab)
  • Warganegara: Singapura
  • Kerjaya: Penyanyi, Pelakon dan Model
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Bella Astillah
  • Lagu: Sayang Sayang, Kalau Cinta (duet bersama Joanna), Ini Satu Kisah, Jangan Ganggu Pacarku, Dilema Cinta, Keajaiban Cinta (duet bersama Adira), Tak Ada Cinta Sepertimu (duet bersama Siti Nordiana) dan banyak lagi.
  • Drama/Telefilem:  Meh sandar pada Aku, Love You Miss Pomen, Antara Kita, Tiara, Sepai, Cinta Vlog, Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018)
  • Facebool: http://www.facebook.com/AliffAzizofficial/
  • Twitter: @aliffaziz
  • Instagram: www.instagram.com/aliffaziz91/
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Aliff_Aziz

Trivia Menarik Aliff Aziz

  1. Sebelum bergelar penyanyi profesional, Aliff pernah menjuarai satu pertandingan nyanyian di Singapura iaitu Anugerah 2007 ketika berusia 16 tahun.
  2. Mempunyai adik-beradik kembar iaitu Aisyah dan Ain.
  3. Album pertamanya berjudul Aliff diterbitkan pada September 2007.
  4. Single pertamanya, Sayang Sayang mencipta fenomena tersendiri sehingga menerima paling banyak muat turun nada dering iaitu sebanyak 1 juta di seluruh Asia.
  5. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon bertubuh genit, Anne Ngasri satu masa dahulu.
  6. Menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati, Bella Astillah pada 9 September 2016 lalu.
  7. Bakal menimang cahaya mata sulung Julai nanti dimana isterinya kini hamil 5 minggu.
  8. Sepanjang bergelar anak seni, Aliff berjaya merangkul Lagu Terbaik Singapura menerusi lagu Jangan Ganggu Pacarku di Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 dan Lagu Paling Popular Singapura (Sayang Sayang) di APM 2008.
  9. Menyanyikan lagu OST berjudul Sandar Padaku bersama-sama Mira Filzah untuk drama Meh Sandar Pada Aku.
  10. Mengambil masa selama dua jam untuk merakamkan semula salah sebuah lagu tema filem Bollywood iaitu Dilwale berjudul Gerua (Warna Cinta) dalam versi bahasa Malayu bersama –sama pelakon berbibir seksi, Kilafairy.
  11. Mempunyai hampir 400,000 pengikut di Instagram miliknya.
  12. Pramugara menjadi kerjaya pilihan figura berkenaan jika tidak menceburi dunia seni hiburan.

Aliff Aziz Dan Isteri Bella Astillah Aliff Aziz
Aliff Aziz Dan Mira Filzah Meh Sandar Pada Aku Aliff Aziz Sado Foto Aliff Aziz Gambar Handsome Aliff Aziz

Aliff Aziz Bersama Adik Beradik Kembarnya

Aliff Aziz Bersama Aisyah Aziz

Gambar Kanak Kanak Aliff Aziz

Romantiknya Aliff Aziz Dan Wife

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

3 comments

  1. Hai aliff aziz semoga dapat anak yg baik macam bapa dia yg kacak ini

  2. Asalamualaikum aliff aziz . Saya suka lagu sandar padaku.

  3. nor izatul nadia binti azmi

    saya suka tengok gambar meh sandar padaku and lagunya.saya minta anak yang soleha dan handsome macam ayahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: