Biodata Alyssa Dezek, Selebriti Cilik Pemain Ukulele

Image Alyssa Dezek Gadis Ukulele

Pertama kali mengenali Alyssa Dezek adalah melalui video cover beliau di Youtube. Ketika itu penyanyi comel ini menyanyikan lagu popular berjudul Kun Anta nyanyian asal Humood. Sejak itu, saya mula mencari maklumat lanjut tentang Alyssa Dezek. Ternyata beliau seorang yang sangat pandai bermain alat muzik gitar ukulele di samping cerdik dan sangat petah bercakap.

Alyssa juga pernah viral di Youtube dengan cover video lagu berjudul Tak Tun Tuang yang mencatat tontonan sebanyak 3.6 juta manakala lagu Despacito pula mencatat lebih daripada 2 juta tontonan. Walaupun masih di usia yang sangat muda, Alyssa Dezek memiliki bakat semulajadi yang membolehkannya pergi jauh dan memeriahkan persada seni hiburan tanahair.

“Alyssa pun minta daddy belikan ukulele untuk bermain di rumah sehingga timbul minat untuk mempelajari ukulele dengan lebih mendalam. Alyssa tengok Youtube macam mana nak main ukulele dengan betul dan masa itu mummy bagi masuk kelas untuk belajar bermain ukulele. Tapi kan orang tu tak terima sebab Alyssa baru umur 4 tahun dan dia kata umur 7 atau 8 tahun baru boleh masuk kelas. Namun begitu, dia bagi Alyssa percubaan dan dia pun nampak Alyssa boleh bermain ukulele, boleh baca kod dan note lalu terus diberikan peluang masuk kelas”

Biodata Alyssa Dezek

  • Nama Penuh: Aryanna Alyssa Dezek
  • Nama Popular: Alyssa Dezek
  • Nama Panggilan: Alyssa
  • Tarikh Lahir: 21 April 2008
  • Umur: 10 tahun (2018)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Ibubapa: Suzannah Sahri (ibu)
  • Adik-beradik: Anak pertama dari dua adik-beradik
  • Pendidikan: Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi, Pemain Ukulele dan Pelakon
  • Lagu/Single: Ma dan Pa, Bintang dan Duniaku, Menyambut Hari Raya
  • Drama: Patahnya Sebelah Sayap
  • Telefilem: Kasut Bola Pink, Ana Anak Ibu, Lambor Kanan Belakang Dewan, Jangan Sembeli Merah, Bebel, Ghahim Takut Nak Azan, Mimpi Sumi
  • Instagram: @alyssa_dezek_official
  • Facebook: @alyssadezek.official
  • Youtube Channel: https://www.youtube.com/c/alyssadezek

Perkara Menarik Tentang Alyssa Dezek

  • Bakatnya dicungkil seawal usia 3 tahun apabila sering mendapat perhatian umum kerana berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan serta pandai bermain ukulele dan juga silap mata.
  • Pernah menyertai pertandingan Ceria All Star di Astro Ceria selain muncul dalam rancangan Motif Viral dan Meja Bulat Sepahtu.
  • Mempunyai hobi bermain hoverboard, badminton dan silap mata.
  • Menjadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idola dalam bidang seni.
  • Mempunyai darah Sabah kerana ibunya, Suzannah berasal dari Sandakan.
  • Memulakan channel Youtube sejak November 2012 dan telah mendapat keseluruhan tontonan sebanyak 80 juta!
  • Kini menjadi artis di bawah naungan syarikat Estudios Production / E-Studios Management.

 

Alyssa Dezek Dan Hazama

Alyssa Dezek Dan Sufian Suhaimi

Alyssa Dezek Dan Ummi Nazeera

Foto Comel Alyssa Dezek

Gambar Alyssa Dezek Pakai Telekung Solat

Image Alyssa Dezek Gadis Ukulele


Carian Berkaitan
alyssa dezek biodata, alyssa dezek, biodata alyssa dezek, alissa dezek

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #alyssa dezek bio #alyssa dezek biodata #alyssa dezek ig dan youtube #alyssa dezek profile #alyssa dezek wikipedia

Biodata Yuna Rahim, Pelakon Baru Berwajah Cute
Yuna Rahim ialah seorang pelakon muda Malaysia yang sedang meningkat naik. Bermula dengan filem
Biodata Ikmal Amry, Pelakon Kelahiran Hero Remaja 2017
Ikmal Amry, satu nama yang masih asing di bibir peminat seni tanahair di
Biodata Farhan Asri, Pelakon Muda Kelahiran Negeri Sembilan
Siapakah pelakon muda bernama Farhan Asri yang kini muncul dalam drama popular Cik Reen Encik
Biodata Cherpen Band, Kini Popular Dengan Lagu Pasti
Cherpen Band adalah kumpulan muzik yang sudah agak lama bertapak dalam industri seni

Leave a reply "Biodata Alyssa Dezek, Selebriti Cilik Pemain Ukulele"