Biodata Ana Raffali, Artis Dengan Trademark Berbaju Kurung

Foto Terbaru Ana Raffali

Sudah lama tidak mendengar khabar terkini tentang penyanyi bernama Ana Raffali ini. Kali terakhir berita mengenainya adalah figura cantik ini bergelar seorang pendidik.

Terbaharu, anak jati Kuala Lumpur ini telah menyertai program realiti nyanyian kerohanian iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang bersiaran setiap Sabtu di saluran Astro Oasis bermula awal 8 April 2017 lalu. Sayangnya, pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku ini tersingkir di minggu keempat.

Apa-apa pun, Ana Raffali tetap positif dan bersemangat untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi. Jom kita berkenalan dengan guru bahasa Inggeris bersuara merdu ini.

Biodata Ana Raffali

  • Nama Penuh: Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali
  • Nama Komersil: Ana Raffali
  • Tarikh Lahir: 4 November 1985
  • Umur: 32 Tahun (2017)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak kesembilan daripada 11 adik-beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Ahmad Aznaim Abdullah
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Guru, Penyanyi, Penulis Lirik, Komposer, Usahawan dan Penulis Buku
  • Lagu: Tolong Ingatkan Aku, Kalau Berpacaran, Sehabis Baik, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Sayangi Aku, Kek Merah, Renungan Mu, Wahai Pagi, Hatiku Kau Pegang, Ketika Aku Kecil dan banyak lagi
  • Pencapaian: Anugerah Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 dan juara Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL) pada 2011
  • Facebook: facebook.com/Ana-Raffali-84649364135
  • Twitter: twitter.com/anaraffali
  • Instagram: instagram.com/anaraffali
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Ana_Raffali
  • Website: http://www.anaraffali.com

Trivia Menarik Ana Raffali

  1. Berbaju kurung, sopan dan bermain gitar akustik adalah trademark yang dibawakan oleh Ana Raffali sejak awal kemunculannya lagi.
  2. Bakat nyanyian Ana Raffali ditemui oleh komposer terkenal Aidit Alfian yang menonton rakaman nyanyiannya di Youtube dan tertarik untuk mengambilnya sebagai penyanyi pertama di bawah syarikat rakaman Aidit Alfian Records.
  3. Ana Raffali berkahwin dengan jejaka pilihan hati, Ahmad Aznaim Abdullah pada 25 Februari 2012. Suaminya merupakan pengurus peribadi dan sahabat baiknya.
  4. Hasil perkahwinan berkenaan, Ana Raffali dan pasangan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aaydeen Oumar yang kini berusia dua tahun.
  5. Mula mengenakan hijab pada Februari 2012, beberapa minggu sebelum perkahwinannya.
  6. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.
  7. Kini bertugas sebagai seorang guru Bahasa Inggeris sepenuh masa di sebuah sekolah persendirian di Cheras sejak Mei 2016 lalu.
  8. Turut menjalankan bisnes minyak wanginya sendiri iaitu Hearts by Ana Raffali dan Stars by Ana Raffali.
  9. Bapanya merupakan seorang saintis.
  10. Suka membaca dan pernah digelarkan ulat buku.
  11. Pernah mengeluarkan buku puisi tulisannya sendiri bertajuk #24Minggu.
  12. Rock, Alternatif, Pop dan Klasik merupakan muzik yang digemarinya.
  13. Walaupun tidak aktif menyanyi sebelum ini, Ana Raffali rajin menulis dan mencipta lagu memandangkan rumahnya mempunyai studio mini.
  14. Datuk M.Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza merupakan idolanya dalam bidang seni muzik.

Ana Raffali Bertudung

Ana Raffali Dan Anaknya

Ana Raffali Dan Wani Dalam Gema Gegar Vaganza

Foto Ana Raffali Tanpa Solekan

Foto Terbaru Ana Raffali

Gambar Ana Raffali Dan Suami


Carian Berkaitan

apa instagram ana rafali, artis aprena manrose, penyayi cili bersura mas, shaa penyanyi baru berbaju kurung

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Ana Raffali #Ana Raffali Biodata #Ana Raffali Gema Gegar Vaganza #Ana Raffali GGV #Biodata Ana Raffali

Biodata Nik Adam Mika, Pelakon Cilik Popular
Biodata Nik Adam Mika | Kecil-kecil cili padi! Pepatah Melayu ini sangat sesuai
Biodata Mustaqim Bahadon, Aktor Berbadan Sasa Kelahiran Perlis
Biodata Mustaqim Bahadon| Namanya mula mencuri tumpuan para peminat tanah air apabila membintangi
Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa

Leave a reply "Biodata Ana Raffali, Artis Dengan Trademark Berbaju Kurung"