Langgan newsletter kami!
Gambar Azizulhasni Awang

Biodata Azizulhasni Awang, Pelumba Basikal Handalan Malaysia

Nama Malaysia terus mengharum di mata dunia apabila pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang menjuarai acara keirin di Kejohanan Trek Dunia 2017 di Hong Kong, China pada 13 April 2017 lalu. Kejayaan manis ini sekaligus menamatkan penantian 10 tahun Azizul Hasni atau mesra disapa Jijoe untuk bergelar Raja Keirin sekaligus memenangi jersi pelangi yang diidamnya.

Anak kelahiran Terengganu itu berjaya menewaskan pelumba dari Colombia iaitu Fabian Hernando Puerta Zapata di tempat kedua dan tempat ketiga dimiliki oleh pelumba ranking nombor 1 dunia, Thomas Babek dari Republik Czech.

Tahniah diucapkan buat Jijoe di atas kejayaan hebat yang kecapi. Berikut, penulis kongsikan biodata dan trivia menarik mengenai pelumba basikal handalan Malaysia ini.

Biodata Azizulhasni Awang

Trivia Menarik Azizulhasni Awang

  1. Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Perdagangan (Pengkhususan dalam Pengurusan Sukan) di Universiti Deakin, Australia.
  2. Menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati iaitu Athiah Ilyana Abd Samat pada 20 Januari 2010.
  3. Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Amna Maryam dan Amna Khadeeja.
  4. Sebelum memasuki sekolah sukan, bakat Jijoe diasah menerusi Pasukan Berbasikal Terengganu.
  5. Mendapat hadiah basikal terpakai oleh ayahnya kerana mendapat keptusan cemerlang dalam PMR iaitu 7A 1 B.
  6. Mendapat jolokan nama The Pocket Roketman kerana saiz tubuhnya yang kecil.
  7. Dibesarkan dalam keluarga angkat oleh pasangan suami isteri, Mustafa Ngah dan Salmiah Yong. Walaupun begitu, Jijoe tetap berhubung dan rapat dengan keluarga sebenarnya sehingga kini.
  8. Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
  9. Pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Kabangsaan di Anugerah Sukan Negara 2010 dan Anugerah Atlit Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2010.
  10. Pelbagai kejayaan hebat telah dilakar oleh jaguh sukan berbasikal ini sama ada di dalam atau luar negara antaranya pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016, pingat gangsa acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek  Dunia UCI di Lee Valley Velopark, Stratford, London dan pingat emas acara kierin dan pecut 200km di Kejohanan Trek Asia 2008.
  11. Pembawa bendera bagi pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik  Beijing 2008.
  12. Betisnya pernah tertusuk serpihan kayu ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Funia Klasik UCI di Manchester, England pada tahun 2011.
  13. Mempunyai lebih 80,000 pengikut di Instagram miliknya.

Azizulhasni Awang Dan Anaknya

Azizulhasni Awang Dan Isteri

Azizulhasni Awang Pelumba Basikal Malaysia

Gambar Azizulhasni Awang

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: