Langgan newsletter kami!
Foto Azmi Saat Dari Caliph Buskers

Biodata Azmi Saat, Vokalis Caliph Buskers

Caliph Buskers, satu jenama yang pernah mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri seni hiburan tanah air suatu ketika dahulu.

Persembahan kumpulan yang terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU) ini ketika mendendangkan lagu berjudul Romancinta bersama Mojo dan Edry KRU di Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 memberi kesan yang mendalam buat penonton setia dan pengiat seni muzik tempatan.

Ekoran itu, pemuzik jalanan yang dianggotai oleh Khairul Azmi Saat (Azmi), Fendy Adlan, Mohd Zaki Ismail, Nirwan Zainal Abidin, Syazmeen Abdul Rahman dan Nor Nadira Rubiana ini terus dilamar oleh KRU Music sebagai artis rakaman mereka sehingga ke hari ini.

Terbaru, vokalisnya iaitu Azmi menjadi salah seorang peserta program realiti nyanyian iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) di Astro Oasis bermula 8 April 2017 lalu.

Untuk kali ini, penulis ingin berkongsi dengan anda mengenai biodata Azmi yang dikurniakan suara mantap dan memukau.

Biodata Azmi Saat Caliph Buskers

  • Nama Penuh: Khairul Azmi Bin Mohd Saat
  • Nama Komersil: Azmi Saat/ Azmi Caliph Buskers
  • Tarikh Lahir: 27 September 1987
  • Umur: 30 Tahun (2017)
  • Zodiak: Libra
  • Asal: Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Nazira Muhammad
  • Kerjaya: Penyanyi dan Pemuzik Jalanan
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Lagu: Hanya Namamu, Kaulah Dia, dan Ayah (berduet dengan Edry KRU)
  • Twitter: twitter.com/AzmiSaat87
  • Instagram: instagram.com/azmi_saat
  • E-mail: [email protected]

Trivia Menarik Azmi Saat

  1. Seorang yang cacat penglihatan (buta).
  2. Pernah bekerja sebagai jurujual langsung dan tukang urut di Hospital Mata Tun Hussein Onn.
  3. Menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati iaitu Nazira Muhammad yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan pada tahun 2011.
  4. Mula menyanyi sejak berumur 10 tahun lagi dan lagu pertamanya ketika menyertai pertandingan ialah lagu Aku Tak Marah daripada kumpulan Arrow.
  5. Mula menjadi pemuzik jalanan pada Februari 2014.
  6. Selain di pusat membeli-belah SOGO, Azmi bersama ahli kumpulan Caliph Buskers pernah membuat persembahan di hadapan CIMB Brickfields, Monerel KL Sentral dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dari Sabtu hingga Khamis bermula 12.00 tengahari hingga 3.00 petang.
  7. Pernah membuat persembahan di majlis resepsi perkahwinan Aliff Satar di Putrajaya beberapa tahun dahulu.
  8. Pernah memenangi Lagu Terbaik (Malaysia) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 dan memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu (AJL) 30.

Azmi Saat Caliph Buskers Bersama Datuk Ramli MS

Azmi Saat Caliph Buskers Bersama Kumpulan Caliph Buskers

Azmi Saat Caliph Buskers Ketika Mengadakan Persembahan Nyanyian

Gambar Isteri Dan Anak Azmi Saat Dari Caliph Buskers

Gambar Kumpulan Caliph Buskers

Perkahwinan Azmi Saat Dari Caliph Buskers Dan Isteri

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: