Langgan newsletter kami!
Bunga Isme

Biodata Bunga Isme, Rapper Bertudung Pertama Malaysia

Siapakah Bunga Isme? Gadis bertudung ini mula dikenali apabila video di Youtube bertajuk ’16 Baris’ bersama Joe Flizzow menerima 1.4 juta tontonan. Bunga juga menjadi ‘rapper’ wanita pertama di Malaysia dengan penampilan menutup aurat iaitu berbaju kurung dan bertudung. Meskipun menerima pujian ramai penonton, Bunga turut tidak terlepas daripada kritikan netizen yang ternyata kurang senang dengan imej digayakan.

“Saya tahu ramai yang mengkritik penampilan saya berbaju kurung dan bertudung (menyanyi) dengan membawa genre rap, namun saya mahu membuktikan inilah peluang untuk menonjolkan pakaian tradisional Malaysia di mata dunia.”

“Menjadi rapper wanita tidak semestinya saya perlu bersikap seperti lelaki dan samseng, asalkan mereka faham apa yang saya cuba sampaikan dalam lirik lagu saya, semuanya akan baik saja.”

Bagaimanapun, menerusi update terkini di IG, Bunga sekali lagi mendapat kritikan dari peminat apabila memuat naik foto dengan imej yang lebih moden dengan menggayakan tudung ala turban dan mengenakan baju ‘turtleneck’ hingga menampakkan sebahagian daripada lehernya. Ini berbeza dengan gaya manis berbaju kurung longgar dan bertudung penuh yang begitu sinonim dengannya sebelum ini.

Biodata Bunga

  • Nama Penuh: Noor Ayu Fatini Binti Mohd Bakhari
  • Nama Komersial: Bunga / Bunga Isme
  • Umur: 19 tahun (2019)
  • Asal: Perak
  • Kediaman Sekarang: Kuala Lumpur
  • Pendidikan: Penuntut Diploma Pentadbiran Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seremban 3
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Kerjaya: Penyanyi
  • Syarikat Rakaman: Warnes Music
  • Single/Lagu: Bunga
  • Instagram: @bungaisme

Perkara Menarik Tentang Bunga

  1. Menjadi ‘rapper’ pertama di Malaysia dengan penampilan menutup aurat dengan berbaju kurung dan bertudung.
  2. Pernah muncul di Bloomberg dan The New York Times hingga mendapat pujian ramai.
  3. Gemar menulis puisi.
  4. Mengakui bahawa menjadi penyanyi bukan cita-cita utama sebaliknya memilih untuk menjadi ahli politik atau peguam.
  5. Tidak menjadikan pemakaian baju kurung sebagai kekangan atau batasan apabila membuat persembahan di pentas.

Bunga Isme BerhijabBunga Isme Bersama Ibu Kandung

Bunga Isme Bersama Neelofa Dan Nabil Dalam Meletop

Bunga Isme Makeup

Bunga Isme Pakai Cermin Mata

Bunga Isme Selfie

Bunga Isme

Foto Gadis Melayu Baju Kurung Bunga Isme

Foto Penyanyi Rap Bunga

Gambar Lama Bunga Isme Ketika Zaman Sekolah

Gambar Terkini Bunga Isme

Image Of Bunga Isme

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: