Biodata Che Puan Syamim Farid, Artis Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Selangor

Gadis Cantik Syamim Farid

Syamim Farid adalah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Dianugerahkan bakat semula jadi dengan pakej seraut wajah manis, bintangnya mula bersinar selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2014/15. Dalam pertandingan tersebut, gadis cantik ini memenangi gelaran naib juara Dewi Remaja yang turut disertai Raysha Rizrose yang merangkul gelaran juara.

Selepas tamat Dewi Remaja, Syamim ditawarkan menjadi pengacara rancangan hiburan Astro Ria, HLive! bersama CK Faizal, Donna Muslim, Dahlia Shazwan dan Adriana Adnan. Kerjaya lakonan beliau pula bermula dengan membintangi drama Lelaki Macam Dia, seterusnya diikuti oleh drama online Mata Cinta di HyppTV. Syamim juga berlakon dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose, yang memerlukan beliau untuk menyanyi.

Pada tahun 2016, beliau bertemu jodoh dengan YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj dan mendapat gelaran Che Puan Syamim Farid. Perkenalan dengan suaminya ini diatur oleh abang Syamim sendiri. Selepas enam bulan berkenalan, Tengku Ezrique Ezzudean mengambil keputusan untuk meminang Syamim. Setelah genap tiga bulan tempoh pertunangan, akhirnya pasangan ini disatukan dalam satu majlis perkahwinan.

“Memang mula-mula dulu saya agak jual mahal. Ketika itu saya sendiri tidak tahu Ezrique merupakan kerabat diraja. Sebab dia sangat merendah diri dan langsung tidak pernah bercerita tentang keluarganya.”

Biodata Che Puan Syamim Farid

  • Nama Penuh: Syamim binti Mohd Farid
  • Nama Komersial: Syamim Farid / Che Puan Syamim Farid
  • Tarikh Lahir: 29 Januari 1991
  • Umur: 28 tahun (2019)
  • Asal: Batu Caves, Selangor
  • Adik-beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ekonomi
  • Drama: Lelaki Macam Dia, Mata Cinta, Cinta Tiada Ganti, Mamat Muka Selenge, Kan Ku Kejar Cinta Kamu, Surat Cinta Buat Tuhan
  • Rancangan TV: HLive!, Go Shop, Gaya VIP
  • Iklan: Nescafe, Johnson’s Baby Care, Nestle Yogurt Bliss, Nestle Aiskrim Goreng dan Fair & Lovely
  • Duta/Jurucakap Produk: Sweedskin (produk kecantikan)
  • Instagram: @syamimfarid

Aksi Manja Syamim Farid Dan Nora DanishFoto Kahwin Syamim Farid

Gadis Cantik Syamim Farid

Gambar Syamim Farid Dan Suami

Image Of Syamim Farid

Nelydia Senrose Dan Syamim Farid

Syamim Farid Bertudung

Syamim Farid Buat Umrah

Syamim Farid Dan Kerabat

Syamim Farid Dan Nora Danish Berhijab

Syamim Farid Depan Kaabah

Syamim Farid Isteri Kerabat Raja Selangor

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Telefilem Misteri Akil Balik (TV3)
Misteri Akil Balik adalah sebuah telefilem berunsur seram komedi yang dibintangi oleh Izzue
Biodata Ayden Mikael, Si Cilik Comel Kacukan 5 Negara
Ayden Mikael ialah kanak-kanak comel yang popular dengan watak Adik Iqy dalam drama Pujaan
Filem Ejen Ali The Movie (2019)
Ejen Ali: The Movie adalah filem animasi Malaysia yang akan ditayangkan di pawagam
Biodata Dini Schatzmann, Pelakon Kacukan Malaysia-Switzerland
Dini Schatzmann adalah seorang pelakon baru yang menpunyai darah campuran Melayu dan Switzerland.

Leave a reply "Biodata Che Puan Syamim Farid, Artis Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Selangor"