Langgan newsletter kami!
Foto Cik Manggis De Fam

Biodata Cik Manggis, Ahli Kumpulan De Fam

Siapakah gadis lincah bernama Cik Manggis ini? Dengan nama yang cukup unik, Cik Manggis adalah salah seorang daripada ahli kumpulan muzik wanita yang dinamakan De Fam yang turut dianggotai oleh Sophia Liana dan Azira Shafinaz.

Untuk rekod, De Fam merupakan satu-satunya kumpulan wanita yang ada di Malaysia pada masa ini seterusnya meneruskan tradisi kumpulan wanita popular sebelum ini seperti Feminin dan Elite. Lagu #Supergirls yang dihasilkan pada tahun 2015 sememangnya telah melonjakkan nama Cik Manggis dan kumpulan De Fam untuk lebih dikenali peminat.

Kenapa Pilih Nama Manggis?

“Semuanya bermula ketika saya menuntut di UiTM, Shah Alam, dalam bidang pengajian skrin pada 2007. Hendak dijadikan cerita, ketika itu ada empat rakan serumah yang dipanggil Wani.

Jadi, untuk membezakan kami, kena ada cara lain untuk memanggil diri masing-masing. Akhirnya, teman-teman mula memanggil saya dengan nama Manggis kerana saya memiliki mata putih yang besar seperti isi buah manggis.

Dengan nama itulah juga saya dikenali di kampus. Saya diberi peluang terbabit dengan projek filem pendek dan sebagainya. Jadi, nama Manggis memberi tuah kepada saya”

Biodata Cik Manggis

  • Nama Penuh: Nurshazwani Shamsuddin
  • Nama Popular: Cik Manggis
  • Tarikh Lahir: 2 September 1989
  • Umur: 29 Tahun (2018)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Ibubapa: Shamsuddin Idris (bapa, pemain dram kumpulan The Zurah II)
  • Pendidikan: Diploma Teknologi Kreatif (Penulisan Artistik), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
  • Kerjaya: Penyanyi, Penari, Pelakon, Pengacara
  • Genre Muzik: Pop, Hip-hop, R&B
  • Lagu/Single:
  • Drama: B.I.B, Eksperimen Cinta, Dalam Pelukan Ramadan, Jejak Karmila, Kisah Dari Mekah, Papa Nak Menantu, Saka Sisters
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Mohd. Syazmin Firdaus Mohd. Aminuddin
  • Pekerjaan Suami: Pemain bola sepak
  • Instagram: @cikmanggis
  • Twitter: @shazshamsuddin

Fakta Menarik Tentang Cik Manggis

  • Pernah dikenali sebagai Jalak ketika zaman kanak-kanak kerana perwatakannya yang agak kasar pada waktu itu.
  • Fobia terhadap laut kerana pernah hampir lemas di lombong ketika zaman kanak-kanak.
  • Mendapat gelaran Cik Manggis kerana memiliki mata putih yang besar seumpama manggis sewaktu menuntut di UiTM.
  • Pernah disarankan supaya menggunakan nama yang lebih komersial seperti Syaz Shamsuddin sebelum ini, namun tetap berkeras untuk menggunakan nama Cik Manggis.

Aksi Cik Manggis

Cik Manggis Berhijab Di Madinah

Cik Manggis Berkaca Mata Hitam

Cik Manggis Dan Ruhainies

Cik Manggis Yang Comel

Cik Manggis Zaman Muda

Fesyen Muslimah Cik Manggis

Foto Cik Manggis De Fam

Foto Cik Manggis De Fams

Gambar Cik Manggis Bertudung

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: