Langgan newsletter kami!
Cupcake Aisyah

Biodata Cupcake Aisyah, Vlogger Comel Serba Boleh

Siapakah Cupcake Aisyah? Gadis comel ini adalah seorang instafamous dan vlogger popular. Memiliki jumlah follower yang ramai di Instagram dan Youtube, Cupcake Aisyah pernah menjadi Juara Top Lifestyle Influencer Award di Influence Asia 2017 dengan mengalahkan peserta lain seperti Apple Tan, Luqman Poldoski dan Yusof Hashim. Beliau juga pernah memenangi anugerah Instafamous Paling Ohsem dalam Anugerah Instafamous 2017 dan tersenarai antara 25 remaja paling menyerlah 2017 oleh Majalah Remaja.

Biarpun bukan seorang artis, Cupcake Aisyah sangat popular dan menjadi idola dalam kalangan pengikutnya di YouTube dan Instagram kerana gemar memuat naik video kisah seharian, video cabaran dan juga video ketika melancong.

Beliau mula berjinak-jinak dengan merakamkan video dan memuat naik di akaun Youtubenya. Kini channel Cupcake Aisyah telah dilanggan lebih hampir 300,000 subscribers.

“Pada umur 12 tahun saya mula merakam video dan memuat naik di Internet sekadar untuk hiburan. Saya suka melakukakannya dan lebih selesa bercakap di depan kamera berbanding orang ramai”

Biodata Cupcake Aisyah

Kisah Perniagaan Cupcake Aisyah

Sejak 4 tahun yang lepas, Cupcake Aisyah memulakan langkah dalam bidang perniagaan dengan menjual squisy toys secara online. Squisy toys adalah patung comel dengan warna terang dan bentuknya akan kembali ke bentuk asal apabila dipicit. Kebanyakan permainan ini diimport dari negara Jepun dan China.

Permainan bertekstur span ini dijual dengan harga bermula RM5 hingga RM65. Namun ada peminat yang sanggup membayar sehingga RM500 bagi koleksi terhad dan sukar didapati. Dianggarkan setiap hari nilai jualannya mencecah RM800 hingga RM1,000! Dikhabarkan, hasil perniagaan ini, dia sudah mampu menjana jualan sebanyak RM25,000 sebulan. Tahniah!

Gaya Fesyen Street Style Cupcake Aisyah

Selain menjual toys, CA juga terkenal dengan koleksi shirt, sweat shirt and pants, jeans dan kasut sneakers dengan fesyen street style yang ‘cool’ dan sesuai dengan jiwa remaja. Minatnya dalam mengumpul koleksi sneakers ini bermula dari tahun 2013 lagi. Beliau juga sering berkongsi gambar ‘OOTD’ atau outfit of the day dengan pengikutnya di IG serta media sosial yang lain.

Sementara itu, jika anda pernah melihat gambar-gambar Cupcake Aisyah di Instagram, ibarat anda sedang melihat seleksi album ikon fesyen muda yang persis model. Begitulah hebatnya gadis muda ini. Kami di Azhan.co berharap semoga beliau terus sukses di masa mendatang.

Cupcake Aisyah

Cupcake Aisyah Bertudung

Cupcake Aisyah Dan Ibu

Foto Cupcake Aisyah Ketika Zaman Sekolah

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: