Langgan newsletter kami!
Foto Red Carpet Dahlia Shazwan

Biodata Dahlia Shazwan, Host Cun HLive!

Biodata Dahlia Shazwan | Cantik, tinggi lampai dan berbakat. Itulah pakej sempurna terdapat pada pengacara yang semakin meningkat naik, Dahlia Shazwan.

Lahir dari program realiti pencarian bakat pengacaraan iaitu On Air 2012, anak jati Kuala Lumpur ini petah berkata-kata dan semakin matang apabila beraksi di depan lensa kamera. Selain mengacara program HLive! dan Kerjakan Dia, figura cun ini turut diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara karpet merah bagi sesebuah majlis anugerah.

Biodata Dahlia Shazwan

  • Nama Penuh: Dahlia Shazwan Binti Mohd Amin
  • Nama Komersil: Dahlia Shazwan
  • Tarikh Lahir: 1 Jun 1988
  • Umur: 29 Tahun (2017)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak ketiga daripada lima adik-beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Shafiq Ismet
  • Kerjaya: Pengacara, Penerbit Rancangan dan Model
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • TV Host: HLive!, Gala TV, Kerjakan Dia, Inspirasi HLive!, Diari Akademi Fantasia (AF) 2016, Berita Lebih Serius, Karpet Biru Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-19, Red Karpet Anugerah Meletop Era (AME) 2015 dan banyak lagi
  • Twitter: twitter.com/dahliashazwan
  • Instagram: instagram.com/dahliashazwan
  • Wikipedia: wikipedia.org/wiki/Dahlia_Shazwan

Trivia Menarik Dahlia Shazwan

  1. Geli dengan semua spesis semut.
  2. Walaupun tersingkir awal di program On Air, Dahlia dilamar personaliti televisyen pengalaman, Suhaimi Sulaiman yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Pengarang Rangkaian Berita Astro Awani sebagai wartawan penyiaran di unit hiburan.
  3. Menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan hati iaitu Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016 yang merupakan seorang eksekutif pemasaran.
  4. Pasangan serasi ini berkenalan buat pertama kali menerusi Instagram dan menjalinkan hubungan sejak 2014.
  5. Mendapat tajaan mencecah RM10 juta untuk majlis pra perkahwinan, pernikahan dan persandingan pasangan merpati dua sejoli ini.
  6. Merupakan graduan jurusan komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  7. Merupakan model iklan Trivago dan digelar oleh netizen sebagai Miss Trivago.
  8. Suka berswafoto dan melancong ke luar negara.
  9. Lebih tertarik untuk menjadi penyampai berita yang lebih serius berbanding hiburan.
  10. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

10375612 749738075125946 1086781335 N

Aksi Romantik Dahlia Shazwan Dan Suami

Aznil Di Majlis Pernikahan Dahlia Shazwan Dan Shafiq Ismet

Dahlia Shazwan Bergambar Bersama Shah Rukh Khan

Dahlia Shazwan Dan Neelofa

Gambar Perkahwinan Dahlia Shazwan Dan Shafiq Ismet

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: