Langgan newsletter kami!
Gambar Danial Lawak Solo

Biodata Danial Lawak Solo, Penyampai Radio Baru ERA FM

Tahniah Danial kerana menjuarai program realiti Lawak Solo di Astro Warna 132 baru-baru ini. Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi baharu terbitan Astro Warna dengan misi mencari pelapis untuk dunia komedi solo ataupun stand-up comedy yang semakin mendapat perhatian di kalangan peminat seni komedi tanah air.

Selepas menjuarai program realiti Lawak Solo di Astro Warna 132, rezeki Danial bertambah murah apabila ditawarkan sebagai penyampai radio nombor satu negara, ERA.FM. Memulakan tugas pada 2 Februari 2017, figura itu mengendalikan slot ERA Solo yang berkeudara selama empat jam setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi hingga 1.00 petang. Sebelum ini, figura itu pernah menjadi tetamu program Johara Pagi ERA bersama trio Johan, Hanif dan Ray.

Untuk kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda mengenai biodata jejaka hitam manis berkenaan.

Biodata Danial Lawak Solo

Trivia Menarik Danial Lawak Solo

  1. Mula berjinak-jinak dalam bidang lawak mengajuk sejak di bangku sekolah lagi apabila gemar mengajuk suara penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF), Mawi.
  2. Danial juga pandai meniru karakter personaliti lain seperti Syamsul Yusof, Ady Putra, Datuk Yusof Haslam, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dan Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan)
  3. Pernah terlibat dalam pementasan teater anjuran Persatuan Teater Resdong’s Pulau Pinang.
  4. Pernah bekerja sebagai juruvideo di Utusan Online (Utusan Malaysia)
  5. Selain pelawak, Danial juga ingin mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan, pengacaraan dan pengarahan.
  6. Menjadikan pelawak hebat, Ebby Yus sebagai idola dan rujukannya.
  7. ‘Kepala timun’ merupakan taglinenya semasa di pentas Lawak Solo.
  8. Pernah mencuba nasib di sesi uji bakat Akademi Fantasia (AF) 2014 tetapi terkandas di peringkat pertama.
  9. Bernaung di bawah Astro Talents (kontrak selama tiga tahun).
  10. Bercita-cita untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM).

Aksi Danial Lawak Solo Dan Nabil Ahmad

Danial Lawak Solo Di Konti ERA FM Bersama Johara

Daniel Lawak Solo Dan Sufian Suhaimi

Gambar Danial Lawak Solo

Gaya Kasual Daniel Lawak Solo

Gambar Daniel Lawak Solo

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: