Langgan newsletter kami!
Gambar Datin Ira Ghani

Biodata Datin Ira Ghani, Pengasas Aura Seri

Biodata Datin Ira Ghani

  • Nama Sebenar: Datin Nor Zaina Abd Ghani
  • Nama Komersil: Datin Ira Ghani (DIG)
  • Umur: 40 tahun
  • Asal: Berasal dari kampung di Bagan Serai, Perak
  • Latar belakang: Beliau banyak merantau untuk mencari pengalaman hidup. Pernah mengharungi kehidupan yang amat pahit pada usia mudanya namun tidak dijadikan penghalang untuk terus berjaya. Beliau juga hampir berpisah dengan suami gara-gara hidup susah. Namun berkat sokongan suami, mereka menceburkan diri dalam bidang kecantikan sehingga berjaya tanpa berbekalkan sebarang pinjaman dan bantuan wang ringgit.
  • Karektor: Seorang yang obses pada kecantikan dalaman dan luaran.
  • Perkahwinan: Berkahwin pada usia yang muda di mana beliau bertemu dengan suaminya, Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad, yang dahulunya bekerja di hotel yang sama. Kini suaminya merupakan seorang pakar motivasi.
  • Pendidikan: Memiliki Diploma in Alternative Medicine dari Universiti Terbuka Antarabangsa, Calcutta India.
  • Jawatan: Pengarah Eksekutif Positive Image Resources dan pengasas Kosmetik Aura Seri.
  • Pencapaian: Pernah tersenarai dalam Anugerah Mentor menerusi program Peruncitan Mara, finalis Wanita Ikon 2007 anjuran majalah Wanita dan tercalon dalam Glamorous Woman 2007 oleh majalah Glam.
  • Pegangan hidup: Percaya pada diri dan ingat bahawa segala masalah ada jalan penyelesaiannya. Baginya masalah itu baik kerana ia dapat menambahkan pengalaman.
  • Instagram: instagram.com/datiniraghani

Kisah Perniagaan Datin Ira Ghani

Memulakan kerjaya sebagai pembantu pengurusan di sebuah hotel di Pulau Pinang 11 tahun lalu, Datin Ira Ghani kini boleh berbangga dengan pencapaiannya sebagai Pengarah Urusan Positive Image. Syarikat itu terkenal dalam bidang kecantikan dan spa khususnya di bawah jenama Aura Seri. Beliau mengambil masa selama 2 tahun untuk membina empayar perniagaan Aura Seri.

“Dulu saya bukanlah seorang yang suka berniaga. Saya takut dan malu berdepan dengan orang, inikan pula untuk menjual barang,” ujarnya sambil mengimbas kenangan ketika bekerja di hotel pada usia 20 tahun.

Untuk rekod, Positive Image Resources adalah perintis teknologi aura di Malaysia. Produk mereka telah diuji secara klinikal di pusat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada International Institute of Health Science, Open International University for Alternative Medicine dan juga Positive Life Foundation.

Produk Aura Seri terbukti dapat membantu memperbaiki dan mengekalkan aura positif seseorang. Ia juga digunakan secara meluas bagi wanita dan juga lelaki sebagai produk kecantikan.

Aura Seri dihasilkan dengan gabungan 7 jenis minyak pati bunga yang diekstrak secara semula jadi. Ia mewakili 7 warna dan frekuensi yang dipertenagakan dengan butiran Kristal terpilih, garam Kristal bermutu tinggi, tenaga bunga emas dan juga tenaga alam semesta.

Datin Ira Ghani Dan Anak Lelakinya

Datin Ira Ghani Dan Joy Revfa

Datin Ira Ghani Dan Suami

Gambar Datin Ira Ghani Bertudung

Datin Ira Ghani (Aura Seri)

Datin Ira Ghani

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

One comment

  1. Assalammualaikum dan salam ukhuwah Datin Nor Zaina Abd Ghani..Tahniah saya ucapkan atsa kejayaan Datin sehingga ke tahap ini..Saya Muhammad Marwan Bin Zulkifly..Doakan saya juga berjaya dan membantu orang kita diluar sana..aminnnnn..Alhamdulillah, sekarang saya terpilih menjadi Agen Sepenuh Masa dari Prudential Bsn Takaful..Hajat saya disini adalah untuk mendapatkan “appointment” dengan Datin untuk menawarkan pelan Takaful “HIBAH” kepada Datin yang mana Pelan Takaful HIBAH ini sangat bermanfaat untuk Datin dan keluarga Datin..Saya berharap untuk dapatkan “appointment” dengan Datin pada waktu dan tempoh tertentu untuk saya kongsi kenapa HIBAH ini penting dan sangat memberi manfaat kepada keluarga..

    Maklumat saya :-

    MUHAMMAD MARWAN B ZULKIFLY

    017 677 6956

    [email protected]

    fb sy —-> https://www.facebook.com/ewan.ganu1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: