Biodata Datuk Faroz, Pemilik Gedung Tekstil Terkemuka Jakel

Datuk Faroz Jakel

Biodata Datuk Faroz Jakel | Siapa yang tidak mengenali usahawan hebat tempatan bernama Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel atau lebih mesra disapa Datuk Faroz ini. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap pemilik kepada gedung tekstil terkemuka tanah air, Jakel.

Selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 2009, anak jati Johor ini mula mengambil alih perniagaan sambil dibantu oleh adik-adiknya yang lain. Dengan kewibawaannya sebagai pemimpin, pelbagai kejayaan telah dilakar oleh Jakel di dalam dan di luar negara.

Antaranya, Anugerah Jenama Antarabangsa Terbaik di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016, Gedung Tekstil Terbesar Di Dunia 2016 oleh Yayasan Jenama Terbaik serta Anugerah Penjenamaan Korporat di Anugerah The BrandLaureate – Jenama Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) 2014.

Kejayaannya dalam dunia bisnes sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan usahawan muda untuk berjaya.

Untuk info, Jakel yang ditubuhkan pada tahun 1985 kini mempunyai lebih daripada 20 cawangan di seluruh negara dengan lebih 5,000 kakitangan. Gedung ini menawarkan pelbagai jenis fabrik berkualiti tinggi dari luar negara dengan variasi warna, corak serta rekaan yang menarik dan harga yang murah dan sangat berpatutan. Selain tekstil, Jakel juga menjual langsir, pakaian formal, pakaian kasual, set pakaian pengantin, karpet, tikar getah dan banyak lagi.

Biodata Datuk Faroz

  • Nama Penuh: Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel
  • Nama Panggilan: Datuk Faroz
  • Tarikh Lahir: 1972
  • Umur: 45 Tahun (2017)
  • Keluarga: Anak sulung daripada 12 adik-beradik
  • Asal: Muar, Johor
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Datin Farah Haryani Muhammad Philip
  • Nama Anak: Shierryn Badrisyea dan Muhammad Farhan (2 orang anak)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Ahli Perniagaan
  • Laman Web: www.jakel.my dan www.jakelonline.my
  • Facebook: facebook.com/GedungTekstilJakel
  • Instagram: instagram.com/jakeltextile

Trivia Menarik Datuk Faroz

  1. Mempunyai darah campuran Melayu-India.
  2. Membantu menguruskan perniagaan Jakel sejak berusia belasan tahun lagi.
  3. Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan atau doktor.
  4. Atas sumbangan beliau terhadap masyarakat dan dunia perniagaan, usahawan hebat ini telah dianugerahkan Pingat Jaksa Negara yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2013.
  5. Beliau turut menerima anugerah sebagai Pemimpin Berwawasan 2016 di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016 dan Ikon Perniagaan Tahunan pada Anugerah Kecemerlang­an Perniagaan 2014.
  6. Seorang yang suka bersedekah dan mengeluarkan zakat.
  7. Pertama kali bertemu dan berkenalan dengan isterinya di kedai kain Jakel di Segamat, Johor.
  8. Isterinya adalah seorang usahawan tudung Aryani dan berperanan sebagai Pengarah Pemasaran Ariani Textiles Manufacturing Sdn Bhd serta bertanggungjawab merencanakan strategi pemasaran produk untuk Galeri Ariani dan Ariawi RTW.

Kisah Perniagaan Jakel

Jakel mula ditubuhkan pada tahun 1985 di sebuah premis kecil yang terletak di Segamat, Johor. Pada mulanya ia menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan oleh pengasasnya Mohamed Jakel dengan hanya bermodalkan RM30 dan dua pekerja. Seterusnya, ia telah mengembangkan perniagaan dan mula membuka premis di Kuala Lumpur pada tahun 2008.

Ternyata usaha melebarkan perniagaan ke ibu negara membuahkan hasil yang lebih lumayan. Ini kerana nama Jakel bukan hanya menjadi sebutan para pelanggan golongan biasa, malahan ia turut dipilih sebagai gedung tekstil kegemaran golongan ternama dan pereka fesyen tanah air. Apa yang membuatkan Jakel mudah diterima ramai ialah kerana konsep mesra pelanggan yang diterapkan oleh syarikat itu.

Buktinya pada hari ini Jakel muncul sebagai syarikat pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk pasaran tempatan dan luar negara. Dengan memperluaskan lagi pemasaran Jakel, syarikat ini mendapat hak eksklusif menjual jenama-jenama kain terkenal antaranya Valentino, Pierre Cardin, Roberto Cavalli dan Emanuel Ungaro. Bagi kumpulan fabrik yang tidak berharga mampu milik, pelanggan boleh memilih fabrik seperti sutera Korea, sutera sulaman Thai, sifon bermanik dan bermacam-macam lagi.

Datuk Faroz Jakel Dan Datuk Siti Nurhaliza

Logo Jakel


Carian Berkaitan

profil syarikat jakel, pemilik jakel, biodata pemilik jakel, biodata pengasas jakel

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Datuk Faroz Jakel #Datuk Faroz Jakel #Datuk Faroz Jakel Biodata #Jakel Mall #Mohamed Faroz Mohamed Jakel

Koleksi Gambar Gadis Melayu Cantik Bertudung
Gambar Awek Melayu Bertudung & Comel Siapa bilang gadis melayu tak menawan Tak
Biodata Riz Ulala, Lebih Cantik Dari Nur Sajat?
Baru-baru ini heboh berita yang membandingkan antara Riz Ulala dan Nur Sajat. Ada
Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM
Baru-baru ini tersebar di media sosial satu jenama kosmestik popular dikatakan mengandungi bahan
Biodata Junaidah Kiting, Pengasas De’Wajah
Biodata Junaidah Kiting, Pengasas De’Wajah Nama Penuh: Junaidah Bt. Kiting Asal: Jelebu, Negeri

Leave a reply "Biodata Datuk Faroz, Pemilik Gedung Tekstil Terkemuka Jakel"