Biodata Diana Amir, dan Kisah Beliau Berhijrah Kepada Penampilan Muslimah

Wajah Muslimah Cantik Diana Amir

Biodata Lengkap Diana Amir

  • Nama Penuh: Nurdiyana Amir binti Hashim
  • Nama Popular: Diana Amir
  • Tarikh Lahir: 22 Jun 1986
  • Umur: 30 tahun (2016)
  • Tempat Lahir: Birmingham, England
  • Asal: Johor Bahru, Johor
  • Keluarga: Anak keempat dari tujuh adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru (SIGS)
  • Kerjaya: Pelakon dan Pengacara
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Mohd Habibbullah A Rahman
  • Drama: Ana, Aku Aiman, Impian, Impian 2, Sari Maya, Adam Maya, Laila Asyikin, Jalan Pinang Sebatang, Sunsilk Impian, Kerana Dia, Mati Hidup Kembali, Cinta Ilahi
  • Telemovie: Aloy dan Lu’Lu
  • Filem: 3 2 1 Cinta, Senario the Movie: Ops Pocot, Keramat, 7 Petala Cinta, 3 Temujanji, X, Salam Cinta, Pe3, Strawberry Cinta, 99 Kali Rindu, Aku Masih Dara
  • Pengacara TV: Sunsilk Hijabku Gayaku, Semangat Intelek Swadaya (TV9), Life Can’t Wait (TV8)
  • Buku: Titisan Mahabbah
  • Perniagaan: Busana Muslimah menggunakan jenama DA’e (Diana Amir Eksklusif)
  • Wikipedia Diana Amir: https://ms.wikipedia.org/wiki/Diana_Amir

 

Kisah Menarik Bagaimana Diana Amir Mula Bertudung

Diana Amir mula bertudung pada tahun 2011 dan terus melakukan transformasi dari imej seksi sebelumnya kepada imej muslimah sejati. Kisahnya bermula apabila seorang kawan baik beliau baru mula berhijrah kepada imej bertudung. Kawan baiknya itu bercerita tentang kisah Rasulullah S.A.W sebelum wafat. Sehingga saat Baginda mahu hembuskan nafas yang terakhir, Baginda masih risau dengan umatnya dan menyebut..

“Umat Ku, Umat Ku, Umat Ku..”

Betapa Baginda risau dengan keadaan umat pada zaman akan datang. Kawan baik Diana Amir ini bercerita sambil menangis. Begitu sayu ceritanya sehingga terbit rasa keinsafan untuk Diana Amir berhijab.

Diana Amir juga memberitahu yang dia sangat sayangkan ayahnya dan tidak mahu menyusahkan ayahnya di akhirat kelak disebabkan dosanya tidak menutup aurat. Kata Diana Amir lagi, semasa dia mula bertudung dahulu, masih lagi banyak kesilapan yang dilakukannya seperti memakai tudung tetapi mempunyai bonggol di belakang dan memakai tudung tetapi masih lagi berpakaian ketat. Jadi dari situ dia mula belajar cara-cara pemakaian tudung yang betul dan mengikut ajaran Islam yang sebenar. Antara rakan artis yang banyak membantu penghijrahan beliau adalah Irma Hasmie dan Wardina.

Diana Amir Dan Anaknya Khaulah

Gambar Diana Amir Dan Anak Perempuannya

Gambar Diana Amir Dan Suami Habib

Reversible Loop Shawl By Diana Amir

Wajah Muslimah Cantik Diana Amir

Buku Titisan Mahabbah Oleh Diana Amir

Diana Amir Hijab Photoshoot

Gambar Diana Amir Bertudung Koleksi Melinda Looi


Carian Berkaitan

Biodata Diana Amir, diana amir, diana amir biodata, diana amir koleksi filem

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #butik diana amir #diana amir biodata #gambar diana amir bertudung #kisah diana amir bertudung #kisah penghijrahan diana amir #perubahan bertudung diana amir

Biodata Cherpen Band, Kini Popular Dengan Lagu Pasti
Cherpen Band adalah kumpulan muzik yang sudah agak lama bertapak dalam industri seni
Biodata Treehill, Band Yang Popular Dengan Lagu Terbang
Band Treehill yang kini popular dengan lagu berjudul ‘Terbang‘ ditubuhkan pada Disember 2014. Kini
Biodata Riena Diana, Pelakon Cantik Finalis DFKL 2017
Siapakah sebenarnya pelakon cantik bernama Riena Diana ini? Kelibat gadis ini mula mencuri perhatian
Biodata Adam Lee, Sepupu Janna Nick
Adam Lee, satu nama yang masih baru dalam industri seni tanahair. Pelakon muda

Leave a reply "Biodata Diana Amir, dan Kisah Beliau Berhijrah Kepada Penampilan Muslimah"