Biodata Edry Abdul Halim, Artis Lagenda Malaysia

Foto Edry KRU

Edry Abdul Halim, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni hiburan Malaysia. Beliau mencipta empayar seni tersendiri bersama kedua-dua abangnya iaitu Norman dan Yusry menerusi jenama KRU iaitu kumpulan rap yang sangat popular dan digilai remaja sekitar tahun 90-an.

Kejayaan demi kejayaan dilakar oleh anak jati Selangor ini dalam diari kehidupannya sebagai anak seni termasuklah bergelar penulis lirik, pengarah muzik, penebit filem dan banyak lagi.

Terkini, figura tampan ini diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan juri tetap yang digelar Rock Master bagi program realiti nyanyian terbaru Astro iaitu Rockanova bersama-sama dengan Datuk Awie.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan dengan komposer serba boleh ini.

Biodata Edry Abdul Halim

  • Nama Penuh: Edry Bin Abdul Halim
  • Nama Komersil: Edry KRU / Edry Abdul Halim
  • Tarikh Lahir: 28 April 1976
  • Umur: 41 Tahun (2017)
  • Asal: Petaling Jaya, Selangor
  • Keluarga: Anak ketiga daripada empat adik-beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Milia Mohammed
  • Kerjaya: Penyanyi, Penulis Lirik, Komposer, Pelakon, Pengarah dan Penerbit
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Label Rakaman: KRU Studios
  • Album: Hitman, Canggih, Rekrued, Awas, Ohh! La! La!, The Way We Jam, Formula Luar Biasa, KRUjaan, KRUnisme dan banyak lagi.
  • Lagu Hits: Hingga Ke Jannah, Generasiku, Awas, Ohh! La! La!, Wanita Jelita, Jangan Lafazkan, Fanatik, Perpisahan Terasing, Terhangat Di Pasaran dan banyak lagi
  • Lagu Ciptaan: Romancinta (Mojo), Hanya Padamu (Calips Buskers), Dekat Tapi Jauh (Fourteen), Sedetik Lebih (Anuar Zain), Ku Ada Kamu (Adira), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Kisah Dongeng (Stacy), Hi Hi Bye Bye (Ezlynn) dan banyak lagi
  • Filem: Magika dan 29 Februari
  • Pencapaian: Penghibur TV Paling Popular (Lelaki) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBHP) 1994, Penyanyi Berkumpulan Popular di ABPBH 1995/1996 dan 1998/1999, Kumpulan Asia Terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2000 , Anugerah Cipta Planet Muzik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2008, Filem Terbaik (Magika) di Festival Filem Malaysia (FFM) 2009, Filem Animasi Terbaik (Ribbit) di FFM 2014 dan banyak lagi
  • Facebook: facebook.com/edryabdulhalim
  • Instagram: instagram.com/edryabdhalim
  • Wikipedia: ms.m.wikipedia.org/wiki/Edry_bin_Abdul_Halim

Trivia Menarik Edry Abdul Halim

  1. Memiliki tabiat memintai dan mencabut rambut sejak kecil lagi.
  2. Suka bersenam di gimnasium untuk menjaga stamina dan kesihatan diri.
  3. Akan berlari sekurang-kurangnya lima kilometer setiap hari.
  4. Tidak menjamah ikan terutamanya yang digoreng mahupun berkuah kerana tidak tahan dengan baunya yang hanyir.
  5. Gemar bermain permainan video dan online bersama anak-anak jika ada masa terluang.
  6. Peminat fanatik Manchester United (MUFC).
  7. Mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.
  8. Anaknya yang ketiga iaitu Emery adalah insan istimewa yang menghidap penyakit Autisme atau penyakit gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal.
  9. Pernah mengalas jawatan Pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015.
  10. Diiktiraf buat kali ketiga sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak oleh Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP).
  11. Mempunyai hampir 200,000 pengikut di Instagram dan lebih 50,000 pengikut di Facebook miliknya.

Foto Edry KRU

Gambar KRU Sewaktu Muda (Norman, Yusry Dan Edry)

Gambar Terbaru Edry Abdul Halim

Gambar Edry Dan Isteri


Carian Berkaitan

biodata kru, artis farah sama kumpulan kru g0sip, biodata edry abd halim, biodata edry abdul halim

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Edry Abdul Halim #Biodata Edry KRU #Edry Abdul Halim #Edry Abdul Halim Biodata #Edry KRU #Edry KRU Biodata

Biodata Masya, Juara Ceria Popstar 2
Selepas menjuarai Ceria Popstar 2, Masya terus aktif dalam dunia seni. Walaupun masih lagi bergelar
Biodata Ikhwan Fatanna, Penyanyi Lagu Bismillah
Siapa Ikhwan Fatanna? Tak pernah dengar pun sebelum ni. Beliau adalah penyanyi baru yang
Biodata Nabila Huda, Pelakon Wanita Anak Kepada Amy Search
Siapa tak kenal Nabila Huda. Pelakon wanita yang boleh dianggap senior dalam industri
Biodata Hani Fadzil, Penyampai Lincah ERA.FM
Biodata Hani Fadzil Nama Penuh: Intan Farhani Binti Mohd.Fadzil Nama Komersil: Hani Fadzil