Biodata Elvina Mohamad, Heroin Drama Shhh… I Love You

Elvina Mohamad Image Header

Biodata Elvina Mohamad. Jika dahulu wajahnya hanya menghiasi iklan-iklan komersil televisyen namun kini dunia lakonan menjadi padang permainan buat gadis bernama Elvina Mohamad dalam mencari rezeki.

Bukan sahaja dikurniakan dengan raut wajah yang cantik molek, anak kelahiran Perak ini berbakat dalam lakonan sehingga menjadi rebutan penerbit dan pengarah tempatan untuk menjayakan drama, telefilem mahupun filem.

Jom kita berkenalan dengan heroin drama bersiri popular, Shhh… I Love You ini.

Biodata Elvina Mohamad

  • Nama Penuh: Norzalina Mohamad
  • Nama Komersil: Elvina Mohamad
  • Tarikh Lahir: 25 Januari 1995
  • Umur: 22 Tahun (2017)
  • Zodiak: Aquarius
  • Asal: Teluk Intan, Perak
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Drama/Telefilem: Kungfu Kaw, Bella Mencari Cinta, Baby Ana Milik Siapa?, Anak Ke-5, Cinta Si Wedding Planner, Mariam Alisa, Suamiku Paling Sweet, Imamkan Aku, Shhh…I Love You dan Jojie Gigil.
  • Filem: Mat Motor Otai dan Zombitopia
  • Facebook: facebook.com/ElvinaMohamad
  • Twitter: twitter.com/elvinamohamad
  • Instagram: instagram.com/elvinamohamad
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Elvina_Mohamad

Fakta Menarik Tentang Elvina Mohamad

  1. Sudah empat tahun bergelar anak wayang.
  2. Menggunakan nama pentas Elvina Teylv dan Elvina Dayana sebelum menggantikan dengan Elvina Mohammad agar nampak lebih kemelayuan dan islamik.
  3. Mempunyai darah campuran Melayu-Siam.
  4. Baby Ana Milik Siapa? merupakan telefilem pertama yang membawanya ke dunia lakonan.
  5. Elvinalicious FC merupakan nama kelab peminatnya.
  6. Pernah ditimpa malang dengan kontroversi dunia hiburan seperti mabuk dan lesbian.
  7. Bernaung di bawah pengurusan Mind Order Sdn Bhd.
  8. Mempunyai hampir 150,000 pengikut di Instagram miliknya.

Elvina Mohamad Bersama Gambit Saifullah

Elvina Mohamad Cantik Berhijab

Foto Elvina Mohamad

Gambar Elvina Mohamad Bertudung

Image Of Elvina Mohamad

Telatah Spontan Elvina Mohamad Sebagai Mariam Alisa


Carian Berkaitan
biodata elvina mohamad, adik beradik datin elvina, datin el, datin elvina bogel

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Elvina Mohamad #Elvina Mohamad #Elvina Mohamad Biodata #Elvinalicious FC

Biodata Ayden Mikael, Si Cilik Comel Kacukan 5 Negara
Ayden Mikael ialah kanak-kanak comel yang popular dengan watak Adik Iqy dalam drama Pujaan
Filem Ejen Ali The Movie (2019)
Ejen Ali: The Movie adalah filem animasi Malaysia yang akan ditayangkan di pawagam
Biodata Dini Schatzmann, Pelakon Kacukan Malaysia-Switzerland
Dini Schatzmann adalah seorang pelakon baru yang menpunyai darah campuran Melayu dan Switzerland.
Telefilem Aneh (Astro Citra)
Aneh adalah tajuk sebuah telefilem terbaru lakonan Fattah Amin dan Elyana. Ia akan

Leave a reply "Biodata Elvina Mohamad, Heroin Drama Shhh… I Love You"