Biodata Elyana, Penyanyi Yang Pernah Popular Dengan Lagu Kalis Rindu

Elyana Header Img

Elyana, satu nama besar dalam industri hiburan suatu masa dahulu. Lagu-lagu berentak pop rock dan ‘catchy’ memang begitu sinonim dengan beliau suatu masa dahulu yang tampil dengan imej remaja dan santai. Antara lagu hits Elyana adalah Kalis Rindu, Kau Atau Aku (Main Tarik Tali), Tak Tercapai Akalmu dan Diriku Tapak Sulaiman.

Kini Elyana kembali membuat kemunculan semula ataupun ‘comeback’ dalam bidang nyanyian dengan menyertai program Gegar Vaganza musim keempat (GV4). Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tersingkir di konsert kelima. Lebih mengejutkan lagi, beliau berkongsi berita tentang penyakit kanser limfoma (tahap empat) yang dihadapinya semenjak tujuh tahun lalu. Berita sayu ini dikongsikan secara langsung kepada penonton dan peminat sejurus selepas diumumkan tersingkir di pentas GV4.

Biodata Elyana

  • Nama Penuh: Erneelya Elyana Binti Emrizal
  • Nama Komersil: Elyana
  • Tarikh Lahir: 5 Julai 1987
  • Tempat Lahir: Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), Klang
  • Asal: Shah Alam, Selangor
  • Umur: 30 Tahun (2017)
  • Keluarga: Anak kedua dari 4 adik-beradik
  • Bintang: Cancer
  • Tinggi: 5 ft 6 in (166 cm)
  • Berat: 50 kg
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Pendidikan: SM Sultan Salehuddin Abd. Aziz Shah, Shah Alam (Aliran Vokasional Teknikal) – PMR: 3A (BI, BM, & Agama Islam), 3B, 2C
  • Status: Berkahwin pada 2010
  • Nama Suami: Khairul Anuar Husin
  • Nama Anak: Cinta Sumayyah
  • Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon
  • Genre Muzik: Pop, Balada, R&B (2001-2002) Pop rock (2003-2009)
  • Pencapaian: Artis Baru Popular ABP-BH 2002, Finalis Bakat Baru Terbaik (Anugerah Planet Muzik Singapura), Finalis Artis Harapan Terbaik (AIM 2002), Finalis Konsert Hits Pilihan Pendengar RMKL, Bakat Baru Penyanyi (Anugerah Personaliti Hiburan 2002), Voice Of Asia 2003
  • Album: Satu, Niat (kompilasi), Segalanya
  • Lagu/Single: Kalis Rindu, Kau Atau Aku (Main Tarik Tali), Tak Tercapai Akalmu, Diriku Tapak Sulaiman, Niat, Bukannya Satelit, Cahaya Gelita, Molek dan banyak lagi.
  • Filem: Gong, Dunia Baru The Movie, Hooperz, Dukun
  • Minuman Kegemaran: Air Ribena, air suam, milo ais
  • Warna Kesukaan: Merah jambu, putih, biru cair
  • Makanan Kegemaran: Daging ayam, tomyam
  • Idola: Siti Nurhaliza, P. Ramlee dan Tun Dr. Mahathir
  • Instagram: @elyanaofficial

Fakta Menarik Tentang Elyana

  1. Mulai menceburi bidang hiburan ketika berusia 14 tahun.
  2. Mula diperkenalkan oleh komposer Patrick Khamis menerusi single pertama berjudul Niat.
  3. Membawakan lagu-lagu berentak pop, balada dan R&B di awal penampilannya sebelum beralih kepada irama pop rock.
  4. Menjadikan Avril Lavigne sebagai inspirasi untuknya menyanyikan lagu-lagu berunsur pop rock.
  5. Menerbitkan 4 album studio, 2 album kompilasi dan 44 lagu single sepanjang karier seninya.

Busana Muslimah Elyana

Cantiknya Elyana Berhijab

Elyana Bertudung

Elyana Cantik Berhijab Penuh

Elyana Dan Anak Perempuannya Cinta Sumayyah

Elyana Dan Rakan Artis Bergaya Sopan

Elyana Gegar Vaganza

Elyana Header Img

Elyana Nampak Kurus Hidapi Kanser

Elyana Pakai Telekung

Elyana Selfie

Gaya Tudung Pelik Elyana


Carian Berkaitan

biodata elyana, biodata elyana 2017, biodota penyanyi kalis rindu, pelakon kalis rindu

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #elyana biodata #elyana cancer #elyana gegar vaganza #elyana kanser #elyana profile #elyana wikipedia

Biodata Adiba Yunus, Pelakon Yang Kini Tampil Bertudung
Adiba Yunus atau nama penuhnya Siti Adibah binti Yunus adalah seorang pelakon yang
Biodata Fatin Husna, Popular Kerana Smule
Siapa Fatin Husna? Nama Fatin Husna atau lebih mesra dipanggil Una sememangnya masih
Biodata Kayda Aziz, Anak Perempuan Sheila Majid
Sejak penampilan Kayda Aziz dalam drama terbaharu Astro bertajuk Mr Grey sebagai pelakon tambahan,
Biodata Scha Elinnea, Pelakon Cantik Drama Mr Grey
Anda kenal siapa Scha Elinnea ini? Gadis cantik ini adalah pemegang watak Nurul Jannah dalam

Leave a reply "Biodata Elyana, Penyanyi Yang Pernah Popular Dengan Lagu Kalis Rindu"