Langgan newsletter kami!
Eyqa Sulaiman Header

Biodata Eyqa Sulaiman, Pengasas Sugarscarf

Biodata Eyqa Sulaiman, Pengasas Sugarscarf

  • Nama Penuh: Nur Atiqah binti Sulaiman
  • Nama Panggilan: Eyqa
  • Umur: 32 tahun (2017)
  • Asal: Muar, Johor
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Universiti Multimedia Cyberjaya (MMU)
  • Kerjaya: Usahawan Sugarcarf International Sdn Bhd
  • Anugerah: Top 10 Google Most Trending Online Shopping 2015
  • Instagram: https://www.instagram.com/eyqasulaiman

 

Kisah Kejayaan Perniagaan Eyqa Sulaiman

Eyqa Sulaiman memulakan perniagaan secara sambilan bersama rakan kongsi ketika menuntut di universiti. Rakan kongsinya itu, Muhammad Zulkarnaen Mohd Ali akhirnya telah menjadi suaminya.

Sambutan hebat yang diterima telah menyebabkan mereka membuka butik dalam talian dengan modal sebanyak RM800.

Dengan keuntungan yang diperolehi, mereka membuka butik fizikal Sugarscarf di alamat 12A, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen  7, Shah Alam.

Signatur jenama Sugarscarf, iaitu Madison yang menggabungkan inner dan selendang telah menjadi fenomena pada tahun 2012 kerana rekaannya yang praktikal untuk wanita muslim.

Seterusnya jenama Sugarscarf telah melakar nama di luar negara iaitu United Kingdom apabila mengadakan pertunjukan fesyen di sana untuk pelanggan dan blogger antarabangsa.

Kini, jenama ini bukan sahaja menghasilkan rekaan tudung tetapi juga rekaan pakaian muslimah iaitu Pretty Please.

 

Kisah Hidup Eyqa Sulaiman

Awalnya, beliau kurang mendapat sokongan daripada keluarga dalam perniagaan ini namun Eyqa Sulaiman tidak berputus asa dan tetap bersungguh sehingga berjaya.

Adiknya Amirah Sulaiman juga mengikut langkahnya dalam bidang perniagaan dengan mengasaskan jenama Shawl by V Snow.

Perancangan beliau untuk membuka butik fizikal Sugarscarf sebenarnya terpaksa ditangguhkan selama setahun kerana kekangan tertentu.

Eyqa Sulaiman dan suaminya tidak menang tangan dalam mengendalikan perniagaan meskipun mereka merupakan owners.

Pada tahun 2015, beliau berhadapan kontroversi apabila tudung Madison rekaannya ditiru oleh jenama tudung milik artis popular. Beliau telah menunjukkan bukti notis hakcipta itu di laman instagramnya dan memohon agar tidak ada lagi pihak yang menciplak rekaan Sugarscarf.

Wajah Eyqa Sulaiman Sugarscarf

Eyqa Sulaiman Bercermin Mata Hitam

Eyqa Sulaiman Menggayakan Tudung Sugarscarf

Eyqa Sulaiman Pakai Telekung

Gambar Eyqa Sulaiman Sugarscarf Semasa Muda

Gambar Keluarga Eyqa Sulaiman Sugarscarf Dan Suami

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: